PROLOG
“INGAT! Beranilah kalau kau cuba tolak pinangan aku! Aku akan cuba dapatkan
kau walau dengan cara apa sekali pun!” Telunjuk Aryan hampir mengena batang
hidung Qaisara. Wajahnya hampir dengan wajah Qaisara.
Qaisara tergamam dengan tindakan Aryan itu. Tidak
disangkanya Aryan yang selama ini memandangnya sebelah mata boleh bertindak
begitu. Hampir gugur jantung Qaisara apabila disergah begitu oleh Aryan. Mata
Aryan juga tajam menikam anak matanya.
Qaisara hanya mampu mengangguk sebelum Aryan berlalu meninggalkannya.
Selepas Aryan meninggalkannya barulah dia boleh menarik nafas lega.
Perlahan-lahan dia terduduk di situ. Semangatnya benar-benar hilang sebentar
tadi. Air matanya menitis membasahi pipi.
Sebenarnya dia dan Aryan sudah lama berkenalan sejak mereka
di tingkatan empat. Selepas tamat SPM mereka membawa haluan masing-masing
sehinggalah mereka bertemu kembali di syarikat yang sama. Kalaulah dia tahu,
sumpah dia tidak akan memohon kerja di syarikat milik keluarga Aryan. Namun
semuanya sudah ditakdirkan. Dia terpaksa menerimanya.
Aryan seorang lelaki yang hebat. Anak seorang ahli
korporat yang terhormat. Punya daya penarik sehingga ramai gadis di sekolahnya
dahulu berebut hendak mendapatkan Aryan. Sehingga ada yang sanggup jadi tukang
jaga tempat di kantin, tolong pulangkan buku di perpustakaan dan yang lebih
dasyatnya apabila ada yang sanggup buatkan kerja sekolah untuk Aryan. Memang
melampau!
Qaisara sendiri pun tipulah kalau dia kata dia tidak
meminati Aryan. Padahal ke mana sahaja Aryan pergi dia tahu. Dan dia akui
matanya tidak boleh lari dari melihat Aryan lebih-lebih lagi Aryan duduk di
sebelah kiri mejanya. Jadi secara tak langsung dia akan terpandang Aryan juga
kalau dia memandang ke kiri. Tak kanlah sepanjang masa dia hendak pandang ke
depan dan ke kanan sahaja kan?
Peperiksaan SPM hampir tamat. Esok semua kelas Tingkatan
Lima Satria akan merdeka selepas menjawab kertas peperiksaan Prinsip
Perakaunan. Selepas ini mereka akan membawa haluan masing-masing. Kemungkinan
besar mereka tidak akan berjumpa lagi.
Qaisara akan pulang ke rumahnya di Johor Bharu. Dulu
memang keluarga Qaisara tinggal di Kuala Lumpur tetapi selepas ayahnya
ditukarkan ke Johor ketika dia di tingkatan lima, Qaisara terpaksa tinggal
berdua bersama ibu saudaranya, Khalida di Kuala Lumpur. Alasannya dia mahu
menghabiskan sekolahnya di sana. Kalau dia bertukar sekolah, mungkin memakan
masa untuk dia menyesuaikan diri lebih-lebih lagi dia akan menghadapi
peperiksaan SPM.
Sebenarnya itu cuma alasan. Dia tidak mampu pergi jauh
dari Aryan. Dia tidak boleh belajar jika sehari tidak memandang wajah Aryan.
Aryan umpama inspirasinya untuk belajar walaupun dia sebenarnya tidaklah
sepandai Aryan. Memang tidak dinafikan Aryan seorang pelajar yang cerdik.
Qaisara tidak pernah melihat Aryan mengulangkaji
pelajaran walaupun peperiksaan sudah semakin hampir. Tetapi setiap kali
keputusan peperiksaan diumumkan, nama Aryan sentiasa menjadi perbualan hangat
di kalangan guru-guru di sekolah itu. Yang paling Qaisara suka apabila melihat
Aryan menumpukan perhatian di dalam kelas. Aryan nampak cool dan relaks. Tetapi tidak pernah pula Qaisara tengok dia
menyalin nota macam budak-budak kelasnya yang lain. Apa dia ada disket canggih
dalam otak dia? Atau dia sudah rekod siap-siap apa yang cikgu cakap dalam
kelas?
Qaisara ingat lagi, selepas tamat kertas terakhir SPM,
dia bersama Ulfah kawan baiknya duduk di kantin. Mereka memesan minuman sambil
berbual kosong.
Tiba-tiba mereka didatangi oleh Aryan dan seperti biasa
Aryan akan dikelilingi oleh ‘kipas susah mati’nya.
Qaisara memandang wajah Aryan. Pelik kerana Aryan mencarinya. Sebelum ini tidak
pernah Aryan bercakap dengannya walaupun mereka belajar di kelas yang sama
sejak dari tingkatan empat. Kali ini Qaisara pandang wajah Ulfah, namun Ulfah
juga sepertinya bingung memikirkan tujuan kedatangan Aryan mencari Qaisara.
Aryan pantas menunjukkan buku berwarna pink di tangannya.
Ah! Itu dairi Qaisara! Macam mana boleh ada pada Aryan?
“Apa semua ni?” soal Aryan marah sambil menunjuk ke arah
muka surat yang terdapat beberapa keping gambar dan tulisan tangannya di situ.
Qaisara panik! Adakah Aryan sudah membaca benda yang
tidak sepatutnya dibaca? Dan macam mana pula dairi itu boleh berada di tangan
Aryan? Ya Allah, Qaisara ini bukan masa nak fikir semua tu. Sekarang kau kena
jawab soalan yang lebih susah dari soalan SPM tu sebelum Aryan naik angin.
“Sa..sa..saaya dairi punya!” Ya Allah! Ayat aku dah jadi
lintang pukang. Muka tak payah cakaplah. Memang aku jamin seratus peratus pucat
lesi. Bak kata orang, kalau toreh pun tak keluar darah!
“Are you crazy to
write this stupid feeling?!!” marah Aryan lagi.
Kali ni suaranya lebih kuat. Gadis-gadis yang berdiri di
sebelahnya memandang Qaisara dengan wajah yang meluat. Qaisara menjadi semakin
takut. Dia benar-benar tidak tahu bagaimana dairi kesayangannya itu boleh jatuh
ke tangan Aryan.
“Hey, Aku cakap
dengan kau, bukan cakap dengan tunggul!”
Qaisara tertunduk. Air matanya mengalir laju di pipi. Dia
bukan sahaja takut malah berasa malu kerana ketika ini mereka menjadi perhatian
ramai.
Semua yang berada di kantin sudah memanjangkan kepala
untuk melihat sketsa yang berlaku di depan mata. Kebetulan beberapa orang
pelajar yang hendak turun ke padang yang terletak di tepi kantin juga turut
sama memandang babak tak berepisod itu.
Qaisara juga dengar perkataan-perkataan yang tidak enak
keluar dari mulut kipas susah mati
Aryan.
“Perempuan tak tahu malu! Cerminlah diri tu sikit sebelum
nak suka dengan putera idaman sekolah ni!”
“Inilah masalahnya kalau orang tak tahu malu! Kau tu layak
bercinta dengan pengemis je tahu tak?”
Terasa pedih dengan sindiran mereka. Qaisara tidak tunggu
lama. Dia pantas mencapai begnya dan berlari meninggalkan perkarangan sekolah
dengan air mata yang masih laju mengalir di pipinya.
Keluar dari kawasan sekolah, dia tersungkur di tepi
jalan. Qaisara mengerang kesakitan. Lututnya berdarah. Kali ini raungan Qaisara
lebih kuat. Dia benci dirinya yang nampak lemah di depan mereka semua. Dia
benci melihat mereka semua menyindir dan menghinanya. Salah ke dia mempunyai
perasaan kepada Aryan?
Sejak pertama kali Aryan menjejakkan kaki ke sekolah itu,
dia sudah menyukai Aryan. Bukan kerana wajah Aryan, tetapi kerana sikap Aryan
yang nampak tenang itu menyebabkan dia juga turut senang melihat wajah itu.
Lebih-lebih lagi mereka sekelas. Namun tidak pernah sekalipun Qaisara menyimpan
hasrat untuk mendampingi Aryan kerana dia sedar dia hanya pipit yang tidak
mampu terbang dengan enggang sehebat Aryan. Oleh itu, semua perasaannya
dititipkan di dalam dairi pink kesayangannya.
Tiba-tiba ada tangan yang menghulurkan sapu tangan ke
arahnya. Qaisara mengangkat muka untuk melihat wajah insan yang menghulurkan
sapu tangan itu. Adam! Dia kenal Adam walaupun mereka tidak sekelas tetapi
belum pernah pun dia bercakap dengan Adam.
“Lap air mata awak dulu,” kata Adam lembut.
Perlahan-lahan Qaisara capai sapu tangan di tangan Adam. Air matanya disapu
perlahan. Dia cuba bangun tetapi tidak berdaya. Rasanya tempurung lututnya
sudah bengkak.
“Kalau awak tak keberatan, awak boleh pinjam bahu saya.”
Qaisara memandang wajah Adam.
“Maksud saya, awak susah nak bangun so why not awak pegang bahu saya untuk bangun. Tak apa,
beralaskan?” ujarnya sambil tersenyum.
Qaisara memegang bahu Adam untuk bangun. Qaisara cuba
berjalan tetapi lututnya terasa pedih. Kemudian Adam menahannya.
“Sekejap ya! Awak tunggu kat sini.” Dia berjalan ke dalam
semak yang berhampiran kemudian keluar semula dengan sebatang kayu di tangan.
Dia menghulurkan kayu itu kepada Qaisara.
“Sekarang awak boleh jalan kan?” kata Adam sambil
tersenyum. Qaisara hanya menganggukkan kepala. Dia berjalan perlahan ke arah
perhentian bas sambil ditemani oleh Adam.
“Kalau awak ada masalah boleh share dengan saya. Mana tahu lepas luahkan masalah awak, awak akan
tenang,” ujar Adam memecahkan kebisuan mereka. Qaisara hanya tunduk.
Di saat orang memandang serong dan menghinanya, tidak
sangka pula ada insan yang melayannya baik. Dia malu untuk mengenangkan kembali
babak yang memalukan yang berlaku tadi.
“Saya faham..bukan senang kita nak menghadapi perkara
yang berlaku tiba-tiba dalam hidup kita kan?” tutur Adam. Qaisara pantas
memandang wajah Adam.
“Apa maksud awak?” soal Qaisara hairan. Adam hanya
tersengih.
“Maaf..kebetulan saya ada kat kantin tadi. Tak sengaja
tertengok kejadian tu.”
“Mesti awak fikir saya perempuan tak tahu malu kan? Tak
malu nak bergandingan dengan lelaki yang perfect
macam Aryan?”
“Tak salah perasaan awak tu..itu hak awk. Yang bersalah
sekarang ialah orang yang mencuri diari awak tu. Dia yang patut dipersalahkan
kerana mengambil sesuatu yang bukan haknya.”
Qaisara memandang Adam. Macam mana Adam boleh begitu
memahami situasinya?
“Awak...macam mana awak?”
“Itu semua tak penting. Yang penting awak kena kuat untuk
menghadapinya. Ingat manusia tak kan mati dek cacian dan hinaan orang. Sekali
seorang itu menuding jari pada orang lain, empat lagi jarinya adalah merujuk
pada diri dia sendiri.”
Qaisara mengangguk. Faham apa yang dimaksudkan oleh Adam.
Ya dia kena kuat. Abaikan semua tohmahan orang.
“Doa orang yang dianiya ni termakbul. Mintalah tolong
pada Allah semoga suatu hari nanti nama awak akan kembali bersih. Saya tahu
kejadian tadi benar-benar memalukan awak.” Sambung Adam lagi.
“Terima kasih Adam...terima kasih sebab percayakan saya.
Saya pulang dulu. Assalamualaikum.” Qaisara bergegas bangun dibantu oleh kayu
yang diberikan oleh Adam tadi. Sakit di lututnya sudah berkurangan.
Adam hanya memandang Qaisara yang sudah semakin jauh
meninggalkannya sebelum dia sendiri berlalu pulang.
MALAM itu juga Qaisara menyuruh Khalida membeli tiket bas ke Johor Bahru.
Dia sudah tidak betah untuk duduk di Kuala Lumpur lagi walaupun sebelum ini
tempat itu menjadi sumber inspirasinya. Sampai ke rumah petang itu, Qaisara
menangis semahu-mahunya di pangkuan Khalida. Hanya ibu saudaranya itu yang memahami
perasaannya kerana memang sebelum ini dia sering berkongsi masalah dan cerita
dengan Khalida. Khalida yang sering memberinya nasihat dan teguran.
Sampai di stesen Larkin, Encik Khairul sudah menunggu
anak gadisnya. Sebenarnya dia juga agak terkejut apabila diberitahu Qaisara
mahu pulang malam itu juga. Sebelum ini Qaisara agak liat untuk pulang ke Johor
Bahru. Macam-macam alasan yang diberikan untuk menghabiskan masa walaupun waktu
cuti persekolahan di Kuala Lumpur. Tetapi kali ini macam tak menyempat sahaja
Qaisara mahu pulang ke Johor. Sepatutnya mengikut perancangan, Encik Khairul
dan Puan Rosmah akan menjemput Qaisara di Kuala Lumpur, tetapi nampaknya pelan
sudah berubah.
Ada juga Encik Khairul bertanya kepada adik
bongsunya Khalida, tetapi tidak pula
wanita itu berkata apa-apa.
Seminggu di rumah, Qaisara jadi pendiam. Dia lebih banyak
mengurungkan diri di dalam bilik. Lebih memeranjatkan lagi berat badan Qaisara
turun mendadak sehingga dia terpaksa ditahan di hospital selama tiga hari
kerana kekurangan air dalam badan.
Disebabkan perasaan ingin tahu apa yang berlaku kepada
Qaisara, Encik Khairul ke Kuala Lumpur untuk bertanya lebih lanjut kepada
Khalida. Akhirnya terpaksa juga Khalida menceritakan apa yang telah berlaku.
Encik Khairul benar-benar marah, tetapi dia tidak mampu berbuat apa-apa kerana
Aryan telah ke luar negara menyambung pelajarannya.
Bulan berganti bulan, tahun berganti tahun akhirnya,
Qaisara sudah pulih sepenuhnya. Encik Khairul yang sudah bersara telah kembali
menetap di rumah yang dibelinya di Kuala Lumpur. Qaisara telah bekerja di butik
tempat Khalida bekerja di Kuala Lumpur.
SUATU hari Khalida pulang ke rumah dengan membawa iklan kerja bersama
borang yang diberi oleh sahabatnya di butik tadi. Ini peluang Qaisara untuk
mendapatkan pekerjaan yang tetap.
“Sara mana layak nak dapat kerja ni mak su. SPM Sara
cukup-cukup makan je.”
“Alah, Sara cubalah dulu. Belum minta dah mengalah. Mana
tahu kalau rezeki Sara ada,” pujuk Khalida.
“Kalau Sara tak diterima?” dalih Qaisara.
“Sara!”
“Yelah, yelah..”
Akhirnya Qaisara mengalah. Dia mengambil borang di tangan
Khalida kemudian mengisinya.
Tanpa diduga dia berjaya terpilih menghadiri sesi
temuduga di Syarikat A & A Sdn Bhd.
Qaisara memandang wanita yang duduk di sebelahnya. Wanita
itu juga merupakan salah seorang calon temuduga pada hari itu. Wanita itu
kelihatan cukup bergaya berbanding dirinya yang hanya memakai sepasang baju
kurung. Wanita itu tampak elegan dengan memakai kemeja siap berkot, kemudian
dipadankan dengan tumit tinggi 4 inci dengan warna yang senada dengan kotnya.
Kemudian dia memandang bulu mata palsu yang dipakai oleh wanita itu. Macam bulu
merak! Kemudian dia melihat bibir wanita itu. Merah menyala!
“Cik Qaisara...cik!” panggil seorang wanita yang mungkin
setiausaha kepada CEO syarikat itu.
“Ya, saya..”
“Cik boleh masuk sekarang.” Qaisara bangun mengikut
wanita yang memanggilnya tadi. Sampai di depan suatu bilik wanita itu
mengarahkannya masuk.
Qaisara menarik nafas. Selepas membaca beberapa potong
doa dia membuka pintu. Kini di hadapannya, dua orang lelaki dan seorang wanita
sedang duduk sambil tersenyum ke arahnya.
Dia cuba membalas senyuman ahli panel itu tetapi terasa
bibirnya lumpuh. Mungkin kerana perasaan gemuruhnya.
Dia mengambil tempat di kerusi berhadapan dengan ahli
panel tersebut.
Selepas hampir sejam dia berada di dalam bilik itu
barulah dia selesai di temuduga.
“Macam mana interview
tadi? Boleh jawab ke?” soal Khalida bertalu-talu kepada Qaisara. Memang dia
sengaja mengambil cuti untuk menemani Qaisara.
“Entahlah mak su...macam tak ada harapan je. Diorang
tanya Sara macam-macam sampai soalan yang agak peribadi pun diorang tanya,” jawab
Qaisara sugul. Memang dia langsung tidak meletakkan harapan pada temu duganya
tadi.
“Tak apalah..at
least Sara dah cuba. Kita doa jelah pada Allah semoga ada rezeki Sara
nanti,” pujuk Khalida. Dia turut bersimpati pada Qaisara.
“APA yang Sara nak buat ni mak su?
Macam mana kalau dia betul-betul datang? Apa yang Sara nak cakap dengan ayah
dan ibu?” soal Qaisara bertalu-talu kepada Khalida.
Dia benar-benar runsing. Kalau betul lah Aryan datang
membawa rombongan meminang, apa yang perlu dia lakukan? Nak tolak atau terima?
Memanglah kalau ikutkan hatinya, tidak pernah sehari pun nama Aryan padam di
dalam hatinya. Namun begitu dia juga tidak pernah terfikir untuk bergandingan
dengan lelaki itu lebih-lebih lagi lelaki itu kini sudah berjawatan tinggi dan
semakin segak dan matang dari dulu.
Khalida sendiri sudah naik buntu. Kalau ikutkan hati
hendak sahaja dia memaki hamun lelaki yang telah menyebabkan anak saudaranya
kecewa dulu, tetapi apabila memikirkan kesungguhan Aryan untuk memiliki anak
saudaranya menyebabkan dia keliru.
Kalaulah abang sulungnya itu tahu lelaki yang bakal
meminang anak gadisnya ini adalah lelaki yang sama pernah mengecewakan anaknya
dulu agaknya apa tindakan abangnya? Ngeri untuk dia memikirkannya.
“Sekarang ni hanya Sara yang boleh buat keputusan untuk
diri Sara. Apa-apa keputusan Sara, mak su akan sokong.”
KELUARGA Aryan datang tepat masanya. Encik Khairul menyambut mereka dengan
gembira. Sememangnya dia berasa gembira kerana anak perempuan tunggalnya
akhirnya terbuka hati untuk berkahwin. Jika sebelum ini Qaisara seperti tidak
berminat untuk membicarakan soal kahwin. Gadis itu sering mengelak jika ditanya
pasal kahwin tetapi kali ini Qaisara sendiri yang memberitahu mereka ada lelaki
yang hendak datang meminangnya.
Pelbagai persiapan yang dibuat oleh Encik Khairul dan
Puan Rosmah untuk menyambut tetamu terhormat mereka itu. Anak-anak lelakinya
Yazid dan Yusri juga dipanggil pulang agar bersama-sama dalam majlis merisik
Qaisara.
“Saya ni tak berapa pandai sangat adat-adat ni. Kami
datang hari ni bawa hajat yang besar dari anak lelaki kami Aryan untuk meminang
anak gadis Encik Khairul, Qaisara.” Datuk Aznal memulakan ayatnya. Kalau dulu
dia yang menerima pinangan bagi anak perempuan sulungnya, Arissa, kini dia pula
yang kena meminang untuk anak lelakinya.
“Apa pula encik-encik. Panggil abang jelah Datuk,” ujar
Encik Khairul.
“Iyalah...abang pun tak payahlah nak ber ‘datuk-datuk’
dengan saya. Panggil Aznal je lah.” Cepat sahaja kemesraan antara mereka
terjalin. Mungkin disebabkan sikap peramah Encik Khairul dan Datuk Aznal
menjadikan mereka cepat mesra.
Terangguk-angguk kepala Encik Khairul mendengar kata-kata
Datuk Aznal itu.
“Kami tak ada halangan.
Kalau Qaisara setuju, kami pun setujulah. Kami pun gembira Allah dah buka hati
untuk Qaisara kahwin. Apa-apa pun kita tanya tuan punya badan dululah,” ujar
Encik Khairul sambil tersenyum. Dia memberi isyarat kepada Yusri, anak keduanya
untuk memanggil Qaisara di dalam bilik.
Qaisara muncul sambil diiringi oleh Khalida. Kemudian dia
duduk di sebelah ibunya.
“Aryan datang nak pinang Sara. Sara setuju tak?” soal
Encik Khairul kepada puterinya itu.
Qaisara tunduk. Kemudian dia memandang satu-satu wajah di
hadapannya. Datuk Aznal serta isterinya Datin Asmah tersenyum kepadanya.
Walaupun dia bekerja satu bumbung dengan Datuk Aznal, namun dia jarang melihat
lelaki itu tersenyum. Kini murah pula senyuman lelaki yang berusia pertengahan
50-an itu.
Tangan Khalida menggenggam tangan Qaisara erat. Hanya dia
yang tahu apa yang dirasai oleh anak buahnya itu.
‘Ingat!
Beranilah kalau kau cuba tolak pinangan aku! Aku akan cuba dapatkan kau walau
dengan cara apa sekali pun!’
Masih terngiang-ngiang ugutan Aryan padanya tempoh hari.
“Sara..” tegur ayahnya. Qaisara kembali ke alam nyata.
“Sara..Sara setuju.” Akhirnya berjaya juga dia melafazkan
perkataan itu walaupun perkataan itu seperti menjerut lehernya sendiri.
Tersenyum papa dan mama Aryan dan kedua ibu dan ayah
Qaisara dengan persetujuan itu.
“Alhamdulillah...kalau boleh kami nak buat majlis
pertunangan sekali. Itupun kalau Encik Khairul dengan Puan Rosmah bersetuju,”
sampuk Datin Asmah pula.
Mulanya Encik Khairul dan Puan Rosmah terkejut juga
tetapi mereka bersetuju juga akhirnya. Benda baik tak elok dilambat-lambatkan.
Qaisara selamat menjadi tunangan Aryan sebaik sahaja
sebentuk cincin berlian tersarung di jari manisnya.
SELEPAS keluarga Aryan pulang, Qaisara masuk ke dalam bilik. Dia menanggalkan
kain tudung yang tersarung di kepalanya. Kemudian dia membaringkan dirinya dia
atas katil.
Masih terngiang-ngiang kata-kata Datuk Aznal tadi. “Ni
permintaan Aryan...dia nak majlis nikah itu dilangsungkan dua bulan dari
sekarang sebab selepas ini dia kena ke Sweden untuk tempoh yang agak lama.”
“Eh, sempat ke nak buat persediaan tu?” bantah Puan
Rosmah. Dia bukannya tidak bersetuju untuk Qaisara bernikah awal, tetapi untuk
menyediakan semuanya rasanya tidak sempat. Lagipun dia sudah berangan-angan untuk
membuat majlis perkahwinan Qaisara dengan lebih meriah lagi. Maklumlah Qaisara
merupakan anak perempuan tunggalnya dan anak bongsu pula, jadi inilah
peluangnya untuk meraikannya dengan meriah.
“Akak jangan risau..nanti saya akan tolong akak mana yang
patut. Hantaran semua akak serahkan kat saya saja. Tahulah saya nak uruskan,”
kata Datin Asmah bagi menghilangkan kerisauan Puan Rosmah.
“Kalau macam tu kami tak ada halanganlah. Benda baik ni
tak elok dilengah-lengahkan.” Encik Khairul bersetuju dengan cadangan bakal
besannya itu.
Ketukan di pintu mengembalikan Qaisara ke alam nyata.
Terpacul wajah Khalida di muka pintu. Qaisara bingkas duduk dari baringnya.
“Mak su harap Sara buat keputusan yang betul. Mak Su tak
nak Sara menyesal di kemudian hari.”
“Entahlah mak su. Sara tak tahu nak cakap apa lagi.
Semuanya macam pantas berlaku. Sara keliru dengan perasaan Sara sendiri.”
“Mak su faham Sara tersepit antara ugutan Aryan dengan
perasaan Sara sendiri.”
“Jujur Sara kata...sekali pun tak pernah padam perasaan Sara
pada Aryan dari dulu sampai sekarang. Cuma Sara keliru kenapa Aryan tiba-tiba
berubah macam tu. Kenapa tiba-tiba dia nak jadikan Sara isteri dia sedangkan
dulu dia hina Sara depan kawan-kawan dia kat sekolah?” luah Qaisara. Air
matanya kembali mengalir di pipi. Khalida mengusap lembut bahu Qaisara. Cuba
mententeramkan anak saudaranya itu.
“Seeloknya Sara tanya sendiri pada Aryan. Hanya Aryan
yang ada jawapan untuk semua persoalan tu.” Lembut Khalida menuturkan
kata-katanya. Qaisara mengangguk.
‘Susah juga nak berumahtangga ni. Sebab tu lah sampai
sekarang aku tak jumpa lagi dengan prince
charming aku!’ detik hati Khalida.
HARI ini merupakan hari pertama Qaisara masuk kerja selepas bergelar
tunangan orang. Dari pagi tadi dia cuba menggelak dari bertembung dengan Aryan.
Memang dia ingin mendapatkan penjelasan dari Aryan tetapi bukan sekarang. Dia
masih tidak kuat untuk mendengarnya.
“Sara, Encik Aryan panggil kau!” kata Suria, rakan
sepejabatnya.
“Hah!”
“Kau ni kenapa takut sangat? Macam nak jumpa bakal suami
pula. Padahal kau kan dah biasa jumpa dia sebelum ni?” ujar Suria sambil ketawa
melihat Qaisara yang seakan terkejut.
“Tak ada apa..Encik Aryan nak apa ya?” soal Qaisara
takut-takut.
“Hello Cik Qaisara, manalah aku tahu. Better kau masuk dulu baru tahu apa dia
nak. Dah pergi cepat! Nanti lama pula dia tunggu,” balas Suria.
Qaisara berjalan perlahan ke arah bilik Aryan. Entah
kenapa dia terasa gementar pula. Qaisara mengetuk pintu bilik Aryan perlahan.
“Masuk!” kedengaran suara garau milik Aryan mengarahkannya
masuk.
Qaisara menolak perlahan pintu bilik yang tertera nama
Aryan itu. Kemudian dia masuk. Berdiri di hadapan Aryan. Aryan yang sedang
sibuk menaip sesuatu di komputer ribanya tidak mempedulikan kehadirannya di
situ.
“Encik Aryan panggil saya?” soal Qaisara yang sudah
mengeletar seluruh badan.
“Duduk!” arah Aryan.
Qaisara melabuhkan punggung di kerusia di hadapan Aryan.
Qaisara menundukkan kepala. Tidak tahu apa yang hendak dilakukan lagi walaupun
dia perasan saat ini mata Aryan tidak lepas dari memandangnya.
“Thank you for
being my fiancee...” ucap Aryan. Qaisara mendongakkan sedikit kepalanya
untuk melihat wajah kacak Aryan. Aryan tersenyum kepadanya. Qaisara terpaku
melihat senyuman manis Aryan itu.
‘Aku mimpi ke ni? Aryan senyum kat aku?’
“Dah puas tengok muka kacak aku?” soal Aryan tiba-tiba.
Kemudian dia bangkit dari duduknya dan menghampiri Qaisara.
Qaisara tertunduk malu kerana tertangkap merenung wajah
lelaki yang sudah bergelar tunangannya itu. Jantungnya semakin berdegup kencang
apabila Aryan menghampirinya.
“Sara...” lembut kedengaran suara Aryan di cuping
telinganya. Qaisara cuba memandang wajah Aryan tetapi tanpa disangkanya wajah
itu begitu hampir dengan wajahnya. Hanya beberapa inci. Qaisara bingkas bangun
menjauhi Aryan. Mukanya sudah merah padam malu.
“Sorry, sorry
aku tak sengaja..malam ni kita keluar. Aku jemput kau kat rumah pukul 8.00
malam. Okey, kau boleh keluar sekarang,” kata Aryan. Dia kembali mengambil
tempat duduknya.
Tanpa menunggu lama, Qaisara berlalu keluar dari bilik
Aryan yang boleh melemaskannya.
Qaisara mengurut perlahan dadanya. Cuba mengawal degupan
jantung yang berdegup laju sebentar tadi. Kemudian dia mengatur langkah kembali
ke tempatnya.
‘..malam
ni kita keluar. Aku jemput kau kat rumah pukul 8.00 malam.’
Macam mana nak keluar berdua dengan Aryan. Sedangkan tadi
lima minit berada di dalam bilik Aryan pun dah macam lima tahun rasanya. Inikan
nak menghabiskan masa berdua saja. Ngeri-ngeri!
“Kau ni kenapa Sara? Berat sangat masalahnya kau ni aku
tengok!” tegur Suria. Ya, masalahnya sangat berat malah lebih berat dari ikan
paus biru yang merupakan haiwan yang paling besar di dunia itu. Huh!
“Tak ada apa-apalah Suri...” dalihnya. Dia tidak mahu
Suria tahu akan masalahnya. Sikapnya yang dari dulu pendiam dan suka berahsia
kini terbawa-bawa sehingga kini. Suria hanya menggelengkan kepala. Faham sangat
dengan perangai Qaisara yang lebih suka memendam masalah sendiri dari
meluahkannya.
“SARA kata Aryan ajak Sara keluar. Ni kenapa tak siap lagi ni?” soal
Khalida apabila melihat Qaisara masih terbaring di atas katil.
“Sara tak nak lah keluar dengan dia.”
“Laaa...Kenapa pula?” soal Khalida pelik. Macam-macamlah
perangai anak buahnya ni sampai dia sendiri naik pening melayannya.
“Entahlah, Sara takut nak jumpa dia...”
“Sara tak boleh macam ni. Tak lama lagi Sara kan nak
kahwin dengan Aryan. Sara kenalah biasakan diri dengan dia. Dah salin baju ni
cepat! Dah nak pukul 8.00 ni!” Khalida menghulurkan sehelai baju kepada Qaisara.
Setelah lengkap berpakaian, Qaisara kembali menghadap ibu
saudaranya.
“Budak ni! cubalah berhias sikit. Ni muka pucat je! Sini
mak su touch up sikit muka Sara.”
Khalida menarik tangan Qaisara untuk duduk di atas bangku
di meja solek. Kemudian dia mengeluarkan beg alat soleknya. Sekejap sahaja muka
bujur sireh itu disoleknya. Mudah untuk menyolekkan wajah Qaisara kerana
Qaisara memang sudah sedia cantik.
“Hah, kan cantik macam ni. Barulah si Aryan tu tergoda
sampai tak tidur malam teringat Sara,” usik Khalida. Qaisara menarik muka
mendengar usikan Khalida. Sesungguhnya dia tiada langsung niat untuk menggoda
Aryan.
“Kalau macam tu tak payah make up la mak su!”
“Laaa...kenapa pula ni Sara?”
‘Usikan aku melampau ke tadi? Tulah mulut ni gatal
sangat! Dah tahu si Sara ni sensitip sikit orangnya’
“Yela-yela..mak su salah. Mak su tahu anak buah mak su
sorang ni baik. Bukan penggoda. Pakai apa pun dah cantik.”
Qaisara kembali tersenyum tetapi seketika cuma.
Perasaannya kacau bilaunya kembali apabila mengenangkan dia bakal bertemu
dengan Aryan sebentar lagi.
Sewaktu Qaisara melangkah turun, kedengaran suara ayahnya
sedang berbual dengan Aryan. Suara ibunya juga turut kedengaran. Melihat
Qaisara muncul, Aryan meminta diri untuk membawa Qaisara keluar.
Khalida pantas menghulurkan sepasang kasut tumit 2 inci
miliknya kepada Qaisara. Nasib baik saiz kaki sama. Kalau tak, Qaisara memang
akan memakai sandal ala-ala jantannya itu lah. Qaisara cuba membantah tetapi
tidak terkeluar suaranya apabila melihat Aryan memandangnya.
Dengan berat hati, Qaisara menyarungkan juga kasut itu di
kakinya. Berharap dia tidak akan memalukan dirinya sendiri akibat memakai kasut
tersebut.
Sepanjang perjalanan, mereka hanya mendiamkan diri. Hanya
kedengaran suara deejay di corong
radio. Qaisara gelisah dengan keadaan mereka itu kerana dia terasa kaku kerana
tidak tahu apa yang hendak dilakukannya. Sudahnya dia hanya memandang ke arah
tingkap sehingga mereka sampai di sebuah hotel.
Qaisara hanya mengikut langkah Aryan yang berjalan di
hadapannya. Kasut yang dipakainya menyukarkannya berjalan seiring dengan Aryan.
Tiba-tiba Aryan berhenti secara mengejut. Tanpa sempat berhenti, Qaisara
terlanggar tubuh sasa di depannya.
“Aduh!”
Aryan berpaling. “Kau okey ke?” soalnya apabila melihat
Qaisara memegang dahinya. Perlahan Aryan mengalihkan jari runcing itu untuk
melihat dahi gadis yang sudah bergelar tunangannya.
Dahi gadis itu sedikit merah. “Lain kali jalan pandang
depan. Jangan asyik berangan je. Kau bukan Mat Jenin asyik nak berangan je!”
kata Aryan sambil mengusap dahi gadis itu.
Qaisara terasa bengang mendengar kata-kata Aryan.
‘Eeee...ni fikir sebab aku datang sini menumpang kau je. Kalau tak dah lama
kasut mak su ni kat dahi kau duduknya!’ marah Qaisara di dalam hati.
“Dah, jalan sebelah aku..!”
Kemudian mereka sampai di sebuah restoran yang sangat
cantik. Qaisara kagum dengan suasana restoran bertaraf lima bintang itu.
Suasananya sangat romantik. Romantik? ‘Ekk, itu hanya sesuai untuk pasangan
bercinta je. Bukan aku!’
Aryan menarik kerusi dan menyuruh Qaisara duduk. Kemudian
dia mengambil tempat di depan Qaisara. Seorang pelayan tiba dengan memberi
mereka kad menu. Qaisara mengambil kad yang dihulurkan oleh pelayan itu.
Kemudian seperti Aryan dia turut melihat menu di dalam kad itu. Tetapi sumpah!
Seumur hidupnya tidak pernah dia mendengar menu-menu yang terdapat di dalam kad
itu. Peluh dingin mula terasa.
“Kau nak apa?” Suara garau Aryan kedengaran.
“Saya tak tahu nak order
apa. Awak order jela apa-apa. Saya
makan je,” jawab Qaisara.
“Sara, kat sini tak ada jual apa-apa. Kau nak makan apa
sebenarnya?”
Qaisara terasa malu. Macam mana dia hendak jelaskan
kepada Aryan yang dia langsung tidak tahu apa-apa mengenai menu yang ada di
depannya?
Tanpa mempedulikan Qaisara, Aryan memesan beberapa
makanan. “Sampai bila kau nak pegang kad tu. Dia nak balik kad tu!” tegur Aryan
kepada Qaisara. Qaisara tersentak. Dia pantas menghulurkan kad menu itu kepada
pelayan tadi sebelum pelayan itu berlalu meninggalkan mereka.
Qaisara benar-benar malu. Tingkahnya tadi memalukan
dirinya sendiri. Namun terasa geram juga dengan sikap Aryan yang langsung tidak
memahaminya. Dia menarik-narik kain berwarna ungu yang terletak di pahanya.
Aryan tersenyum melihat tingkah Qaisara yang kelihatan
mengelabah tadi. Muka gadis itu juga sudah kelihatan merah. Mungkin malu.
“Awak suka memalukan saya macam ni kan?” soal Qaisara
tiba-tiba. Agak keras kedengaran suara gadis itu.
Makin lebar senyuman terukir di bibir Aryan. Bukan
niatnya hendak mentertawakan Qaisara tetapi aksi gadis itu mencuit hatinya.
Namun Qaisara sebaliknya. Makin sakit hatinya melihat
senyuman yang makin mekar di bibir lelaki itu. Dia terasa seolah-olah
dipermainkan oleh lelaki itu. Hilang sudah rasa malunya tadi dan kini diganti
oleh perasaan marah pula.
“Sara...Sara.”
“Awak ni! Kalau awak ketawa lagi saya balik nanti!” ugut
Qaisara.
“Okey okey...boleh tahan juga kau ni kalau marah yer.
Ermm...tapi tak apa. Aku suka kau macam ni!” Qaisara terdiam. Cuba menyabarkan
hatinya. Ni hari kau. Lain kali jangan harap kau boleh perbodohkan aku lagi!
Tidak lama kemudian, pelayan tadi tiba dengan sajian yang
dipesan. Hampir ternganga mulut Qaisara melihat hidangan di atas meja. Hampir
semuanya dia tidak tahu makanan apakah itu melainkan satu hidangan yang
terdapat potongan-potongan ayam.
“Jangan cakap kau tak tahu guna sudu dan garfu pula.”
“Awak ingat saya ni kolot sangat ke?” balas Qaisara
geram. Aryan hanya tersenyum mendengar kata-kata Qaisara. Nampaknya gadis ini
sudah semakin berani.
Selepas menjamu selera, Aryan membawa Qaisara membeli
belah di Mid Valley Megamall. Sekali lagi Qaisara memalukan dirinya apabila dia
hampir terjatuh kerana tersadung lantai yang tidak rata. Nasib baik Aryan
sempat memegang pinggangnya sebelum dia terjatuh menyembah bumi.
Sekali lagi muka Qaisara merah menahan malu. Entah kenapa
kali ini Aryan pula tidak dapat mengawal hatinya. Keadaan mereka yang begitu
hampir tadi menyebabkan dia tidak tentu arah.
“Kita baliklah,” kata Aryan sedikit dingin. Qaisara
terpinga-pinga. Walau bagaimanapun dia bersyukur kerana dia tidak perlu lagi
berhadapan dengan Aryan lagi.
“MACAM mana date tadi?” soal
Khalida sambil meniarap di atas katil Qaisara. Wajahnya sedikit teruja.
“Mak su ni excitednya
terlebih. Macam dia pula yang keluar tadi.”
“Alah, Sara ceritalah sikit. Macam mana makan malam tadi?
Mesti romantik. Ada lilin tiga batang. Lepas tu main suap-suap!”
Agaknya mak su ni dah terlebih tengok drama agaknya.
Semua yang mak su fikir tu kontra dengan apa yang berlaku tadi!
“Romantik apanya. Memalukan adalah! Nasiblah kitorang kat
tempat awam tadi. Kalau Aryan tu ada depan mata Sara sekarang ni, nak je Sara
cekik-cekik leher dia. Biar mati!”
“Amboi, garangnya. Ayat ala-ala ayat terpendam je. Kenapa
tak luah kat Aryan je tadi,” usik Khalida. Geli hati melihat wajah Qaisara yang
kegeraman sambil membuat aksi mencekik. Habis bantal peluknya dicekik. Nasib
baik bantal peluk. Kalau leher Aryan memang confirm
mati!
“Mak su jangan cari pasal dengan Sara. Nanti dengan mak
su, mak su Sara cekik nanti!”
“Yelah yelah mak su tak cakap lagi. Habis tu pergi mana
lagi selain makan? Kejap je Sara keluar?”
“Kitorang pergi Mid..tu satu hal! Sebab kasut mak su lah
Sara hampir tercium lantai Mid tu tau!” adu Qaisara seperti kanak-kanak.
“Lah, kenapa pula?”
“Sara tersadung lantai. Nasib baik....” Qaisara tidak
menghabiskan ayatnya apabila melihat wajah mak su nya lain sudah
tersengih-sengih semacam.
“Aryan sambut kan?” sambung Khalida sambil
tersenyum-senyum.
Muka Qaisara sudah memerah. Betullah tu! Khalida ketawa
dalam hati. Tidak mahu ketawa lebih-lebih. Nanti tak pasal-pasal gadis tu
mengamuk pula nanti.
“Dah lah..mak su keluarlah. Sara nak tidur. Dah
mengantuk!” Qaisara menghampiri Khalida. Kemudian dia menarik tangan Khalida
untuk beredar dari biliknya.
“Yelah, mak su keluar ni. Jangan lupa basuh kaki sebelum
tidur. Nanti ada yang tidur mengigau panggil nama Aryan pula,” usik Khalida
lagi. Seronok melihat wajah Qaisara yang sudah memerah itu.
“Mak su!”
“Okey sayang...good
night. Sleep tight!”
Qaisara menutup pintu selepas Khalida beredar. Dia
menggeleng perlahan. Mak sunya ni. Kahwin tak lagi. Tapi otak pemikirannya sama
tahap dengan orang yang sudah kahwin! Kuning kuning!
Qaisara membaringkan tubuhnya di atas tilam. Dia
memandang bayang-bayang kipas yang berpusing. Memang menjadi kebiasaannya untuk
tidur dengan lampu tidur yang terpasang. Dia rasa lebih selamat begitu.
Aksi sebabaknya bersama Aryan tadi kembali terakam. Aryan
memeluk pinggangnya untuk mengelakkan dia dari terjatuh. Isyhhh! Aku rela jatuh
dari dia pegang aku! Eeeee...
“SARA, bangun sayang...” panggil ibunya sambil mengetuk pintu biliknya.
“Iyalah Sara nak bangunlah ni,” Qaisara menyahut dari
dalam bilik. Dia membuka matanya sedikit untuk melihat jam loceng di tepi
katil.
‘Ya Allah, dah pukul 7.30 pagi!’
Dia bingkas bangun. Mencapai tuala dan berlalu ke bilik
air. Nasib baik dia ABC, kalau tak dah burn
Solat Subuhnya.
Selepas bersiap ala kadar, Qaisara turun ke bawah. Namun
dia sedikit terkejut kerana bukan hanya ayah dan ibunya sahaja yang ada di
ruang makan, tetapi tetamu yang tidak diundang itu turut ada juga. Siapa lagi
kalau bukan Aryan!
“Selamat pagi Puteri Qaisara...awal pagi ni,” kata
ayahnya memerlinya. Qaisara hanya tersengih. Aryan hanya memandangnya tiada
reaksi.
“Sara tak sempat nak sarapan. Sara pergi dulu ya.”
“Kot ya pun minum dulu Sara...” tegur ayahnya. Memang
selalu ayahnya menegurnya begitu. Kata ayahnya sarapan itu penting. Walau macam
mana lambat pun kita perlu mengambil sarapan dulu untuk mengalas perut.
Qaisara menarik kerusi di sebelah ayahnya. Kemudian dia
mengambil cawan yang berisi air milo yang dihulurkan oleh ibunya. Di rumah ini
hanya dia sahaja yang minum air milo. Yang lain-lain lebih gemarkan teh atau
kopi.
“Aryan kata Sara nak pergi kerja dengan dia pagi ni?”
soal Encik Khairul apabila melihat Qaisara membuka pintu keretanya. Qaisara
memandang Aryan.
“Er..Sara nak ambil barang kejap.” Qaisara berpura-pura
mengambil dokumen di dalam keretanya. Kemudian dia menghampiri kereta Audi
milik Aryan.
“Kenapa awak datang?” soal Qaisara sewaktu mereka dalam
perjalanan ke tempat kerja.
“Saja datang nak jumpa bakal isteri aku. Tak boleh ke?”
“Huh! Alasan! Awak mesti ada agenda awak sebab tu awak
cari saya pagi ni kan?”
“Kepala otak kau ni tak ada benda lain ke boleh fikir?
Asyik fikir benda-benda pelik je!” sanggah Aryan.
“Hello Mr Aryan...saya dah kenal awak lama tau. Jangan
ingat saya tak tahu apa yang awak rancangkan!”
“Now tell me what
in your mind?” soal Aryan lalu ketawa.
“Awak, awak nak culik saya kan?” jawab Qaisara
takut-takut. Makin besar ketawa Aryan mendengar apa yang dikatakan oleh gadis
itu.
“Hebat otak kau ni
kan? Memang kreatif! Tapi kalaulah kau gunakan otak kau yang kreatif ni dulu
dengan baik, rasanya sekarang kau dah boleh capai cita-cita kau nak jadi
Perdana Menteri wanita Malaysia yang pertama tu,” ujar Aryan.
Qaisara terkedu. Macam mana Aryan boleh tahu impiannya
itu?
“Buat apa aku nak
culik kau. Bukannya laku pun kalau aku jual kau. Tubuh badan nak kata menarik
pun tak menarik langsung! Pendek!” kutuk Aryan.
Qaisara menunduk. Sedikit terasa hati dengan kata-kata
Aryan. Melihat keadaan Qaisara, Aryan kembali menyambung kata-katanya.
“Anyway, kau
bakal jadi isteri aku. So, no reason
aku nak culik kau.” Aryan mengusap kepala Qaisara yang ditutupi tudung. Qaisara
cuba mengelak.
“Ayah saya bayar zakat untuk saya tahu!” marah Qaisara.
Dalam marahnya pun sempat lagi dia buat lawak.
“Aku tahu..lepas ni aku akan ambil alih tugas untuk bayar
zakat kau dari ayah kau,” bisik Aryan lembut di telinga Qaisara. Terbuai
seketika perasaan Qaisara. Namun cepat-cepat ditepis perasaannya itu.
“Awak boleh cepat sikit tak? Saya dah lambat ni!”
‘Kereta bukan main canggih lagi tapi bawa macam
kura-kura. Baik beli kereta sorong je,’ gerutu Qaisara di dalam hati.
“Tak baik mengutuk bakal suami sendiri. Berdosa nanti,”
tegur Aryan tiba-tiba. Qaisara memandang Aryan. ‘Macam tahu-tahu je aku kutuk
dia!’
“Tak ada maknanya saya nak kutuk awak! Buang masa je!”
“Cakap kasar dengan suami pun tak boleh. Tak cium bau
syurga nanti!”
“Awak belum jadi suami saya lagi. Jangan nak perasan!”
Aryan ketawa lagi. Makin marah Qaisara makin seronok dia rasakan.
“Okey sayang...one
day you will be mine. Remember it!”
Huh, tak kuasa aku nak ingat! Buat sakit hati je!
“Awak, boleh cepat sikit tak?” pinta Qaisara sekali lagi.
Jam sudah hampir pukul 8.30 pagi. Habislah dia kalau terlambat. Buruklah imej
dia nanti kerana dia memang tidak pernah lambat ke tempat kerja.
“Nak cepat-cepat nak ke mana?”
“Kalau lambat nanti bos saya marah!”
“Kalau dia tak marah?” duga Aryan.
“Saya yang akan marah dia sebab dialah saya jadi lambat!”
balas Qaisara geram.
Akhirnya mereka sampai di perkarangan pejabat. Tanpa
mengucapkan terima kasih, Qaisara tergesa-gesa menekan butang lif. Tinggal 1
minit lagi. Cepatlah lif! 30 saat...lif sampai. Qaisara menekan butang tutup.
25 saat...lif naik ke tingkat 12. 10 saat...Qaisara berlari-lari anak ke tempat
punchcard. 5 saat...4 saat...3
saat...2 saat..punchcard sempat di
masukkan ke dalam kotak punchcard. 1
saat...kad keluar kembali. 0...lagu di jam mula kedengaran apabila jam tepat
menunjukkan pukul 8.30 pagi.
Qaisara lega. Dia ke tempat duduknya. Hanya tersenyum
apabila Suria memandangnya hairan.
“Lambat kau datang?”
“Ada masalah sikit tadi,” balas Qaisara ringkas. Malas
mahu menjelaskan panjang lebar mengenai kelewatannya.
Tidak lama kemudian, Aryan tiba dengan kot yang
tersangkut di lengannya. Dia sempat melemparkan senyuman kepada pekerjanya di
situ sebelum dia singgah di meja setiausahanya Kak Maira.
“Psstt...nasib baik kau sampai awal sikit dari Encik
Aryan. Kalau tak habis kau!” kata Suria perlahan kepada Qaisara. Qaisara hanya
mengangguk. Mengiakan kata-kata Suria.
“APA! Ibu suruh Sara pergi cuba baju dengan Aryan? Tak naklah bu. Ibu kata
ibu nak sediakan semua untuk Sara?” dalih Qaisara. Seboleh mungkin dia hendak
menggelak dari keluar berdua dengan Aryan lagi. Boleh sakit jiwa dia kalau
bersama Aryan.
‘Ni belum kahwin lagi. Kalau dah kahwin nanti makin
cepatlah aku menjadi penghuni hospital sakit jiwa agaknya.’
“Memanglah ibu sediakan semua. Tapi tak kanlah pasal baju
pun ibu nak sediakan? Sara nak suruh ibu buat baju Sara ikut badan ibu ke?
Kalau Sara tak kisah, ibu lagi tak kisah. Mana tahu kot ibu boleh pinjam baju
Sara lepas ni,” seloroh Puan Rosmah.
Hai anak daranya sorang ni! Agak-agaklah nak buat baju
ikut badan aku. Nanti ada yang pakai baju ala-ala zaman purba pula nanti. Mana
taknya, bentuk fizikalnya berlawanan dengan bentuk fizikal milik anaknya. Dia
rendah berbanding Qaisara yang tinggi mengikut baka sebelah suaminya. Lagipun
tubuh gempal miliknya tidak setanding tubuh lansing milik Qaisara.
“Yelah yelah...tapi Sara pergi dengan mak su je. Suruh
Aryan pergi sendiri nanti,” ujar Qaisara.
“Suka hati Sara lah. Sara yang nak kahwin bukan ibu,”
balas Puan Rosmah. Malas dia mahu bertekak dengan anak perempuan tunggalnya
ini. Ada sahaja yang tak kenanya.
Sudah hampir sejam Qaisara dan Khalida menunggu, tetapi
kelibat Aryan masih tidak kelihatan. Sewaktu sampai tadi, pekerja butik
pengantin itu bertanya mengenai tema dan warna tema perkahwinannya dengan Aryan
tetapi dia langsung tidak tahu apa tema perkahwinan mereka. Sehingga warna tema
pun dia tidak tahu. Habis tu tak kan dia pilih warna lain Aryan pilih warna
lain pula. Tak pernah dibuat orang pengantin lelaki dengan perempuan kahwin
baju warna lain-lain. Nampaknya mereka terpaksa jugalah menunggu Aryan tiba.
Tidak lama kemudian barulah Aryan muncul. Mukanya
kelihatan sedikit tegang. Apa yang telah berlaku?
“Kenapa tak call
aku nak try baju?”
“Kan saya dah call
awak tadi?”
“Kau call aku
bila kau dah sampai sini. Patutnya kau bagitahu aku awal-awal. Bear in your mind, kau nak kahwin dengan
aku, bukan dengan mak su kau. Faham!”
“Iyalah...cepatlah datang sini. Diorang dah lama tunggu.”
Qaisara pantas menarik lengan Aryan agar mengikutnya. Aryan menghampiri
Khalida.
“Mak su balik dulu...nanti Aryan hantar Sara balik,” kata
Aryan kepada Khalida.
“Yelah, mak su balik dulu,” kata Khalida sebelum berlalu
keluar.
“Eh, mak su...”
“Aku hantar kau balik! Ni sebagai denda kau lambat call aku!” Qaisara terpaksa mengalah.
Memang salah dia.
Qaisara benar-benar pening kepala melayan telatah Aryan.
Sungguh cerewat! Fussy man..
“Tak nak yang tu..baju tu jarang.”
“Yang ni?”
“Yang tu ikut bentuk badan! Kau bukan ada bodyshape pun nak pakai baju yang ada cutting macam tu!”
“Yang ni?”
“Kau ingat kau tu Little Mermaid ke nak pakai kain macam
ikan duyung?”
“Yang ni?” soal Qaisara geram sambil menunjukkan sehelai
baju yang menampakkan separuh belakangnya jika dia memakainya. Sebenarnya
Qaisara sengaja mengambil design itu
untuk memerli Aryan.
“Kau nak bagi aku dapat dosa percuma ke sebab bagi orang
tengok belakang badan kau!”
“Habis tu awak pilihlah sendiri. Saya dah tak larat nak
layan kerenah awak!”
Aryan mengambil beberapa baju. Kemudian dia meneliti
setiap baju yang diambilnya.
“Nah, kau cuba ni.” Aryan menghulurkan sepasang baju yang
dirasanya sopan dan sesuai untuk bakal pengantin muslimah seperti Qaisara.
Dengan perasaan sebal, Qaisara mengambil baju yang
dihulurkan oleh Aryan dengan kasar dan berlalu ke fitting room.
Qaisara menggaru kepalanya yang tidak gatal. Macam mana
nak keluar ni? Tiba-tiba perasaan malu menerpa dirinya. Mana taknya, seumur
hidupnya inilah kali pertama dia memakai baju seperti ini. Ni kalau mak su
tengok ni mesti dia pun ketawa tak cukup nafas!
“Kau buat apa lama sangat kat dalam tu? Dah pengsan ke?”
Aryan memanggil Qaisara sambil mengetuk pintu bilik persalinan pakaian itu.
“Kejap!”
Perlahan-lahan Qaisara membuka pintu. Wajah Aryan
terpacul di depannya. Dia keluar dari bilik persalinan itu.
Aryan terdiam melihat Qaisara. ‘Qaisara ke ni?
“Awak boleh tak jangan tengok saya macam tu? Saya tahulah
saya nampak pelik!” marah Qaisara apabila Aryan melihatnya seperti nampak alien
gayanya.
“Err...memang aku ingat badut mana yang keluar tadi,”
jawab Aryan selamba. Dia tahu jawapannya itu bakal mengundang kemarahan gadis
itu. Entah kenapa dia sukar untuk memuji gadis itu walaupun dia sendiri terkedu
dan terpukau melihat gadis itu sebentar tadi.
Qaisara menarik muka. Perasaan geramnya bertambah
setingkat. Mulut dia ni tak pernah nak manis!
“Okey tak ni? Kalau tak okey saya nak tukar balik!” soal
Qaisara.
“Nanti dulu!” Aryan berjalan mengelilingi Qaisara persis
seorang pakar perunding pakaian pengantin.
“Memang caaantik...baju ni! Bolehlah cover kau yang tak cantik tu!” komen Aryan. Qaisara merengus.
Pekerja butik itu mengambil ukuran badan Qaisara.
“Cik jangan ukur ketat sangat. Bagi loose sikit. Takut bila dah hari nikah nanti tak muat pula!” Aryan
sempat mengingatkan pekerja butik itu. Pekerja butik itu hanya tersenyum sambil
mengangguk.
Selesai mengambil ukuran, Qaisara kembali ke fitting room untuk menukar baju. Sambil
menukar baju dia merungut-rungut.
Sementara menunggu Qaisara menukar baju, Aryan melihat
beberapa majalah yang ada. Namun fikirannya tidak ke situ. Dia masih
teringat-ingat Qaisara dengan pakaian pengantin yang cukup cantik.
‘Gila agaknya aku ni. Asyik teringat perempuan tu je.
Entah apa agaknya yang perempuan tu dah manderem aku.’
“Awaaaak!”
“Hah! Kau ni kenapa? Tak boleh panggil perlahan-lahan ke?
Kalau aku sakit jantung macam mana? Nak jadi janda muda ke?”
“Saya dah lama berdiri kat sini. Panggil awak tak
dengar!” rungut Qaisara.
“Dah ke? Kalau dah kita balik.”
“Dah...awak tak nak cuba baju ke?”
“Aku cuba lain kalilah. Aku ada hal lepas ni,” dalih
Aryan. Sebenarnya perasaannya tengah tidak menentu tika ini. Dia ingin menenangkan
perasaannya terlebih dahulu.
“AKU tak ada office seminggu
ni..jaga diri kau. Jangan lupa makan! Yang penting jangan main mata dengan
lelaki lain masa aku tak ada! Ingat! You
are mine!” pesan Aryan sehari sebelum dia berlepas ke Frankfurt atas urusan
kerja.
“Iya, kalau awak tak pesan pun saya tahu. Awak tu yang
kena jaga diri awak,” balas Qaisara.
“Kau sayang aku?” soal Aryan.
Acap kali soalan itu ditanya pada Qaisara. Mula dulu
Qaisara malu-malu juga hendak menjawab. Namun disebabkan dia tidak akan
berhenti bertanya selagi Qaisara tidak memberikan jawapan yang dia mahukan,
terpaksalah gadis itu menjawab. Walaupun gaya gadis itu menjawab seperti
terpaksa tapi dia yakin yang Qaisara benar-benar memaksudkannya.
“Sayang...” balas Qaisara. Aryan tersenyum. ‘I love you too! And will miss you’
Tetapi itu hanya dalam hatinya sahaja. Entah kenapa dia sukar untuk
melafazkannya. Lagipun Qaisara sendiri tidak pernah bertanya jadi kenapa dia
harus merendahkan egonya untuk mengaku semua itu. Bukankah setelah dia mengikat
gadis itu membuktikan yang dia menyintai gadis itu?
“Awak ada apa-apa hal lagi nak cakap? Kalau tak ada saya
nak keluar dulu. Nanti mereka yang kat luar tu pelik pula saya lama-lama dalam
bilik awak!”
“Okeylah, kau keluar dulu. Malam ni kalau sempat aku
singgah rumah kau kejap nak jumpa ayah dengan ibu.” Qaisara tidak berasa selesa
sebenarnya apabila Aryan sudah mula memanggil ibu dah ayahnya dengan panggilan
yang sama dia panggil sebab mereka masih belum bergelar suami isteri lagi. Dia
hanya tersenyum sambil mengangguk. Kemudian dia berlalu keluar.
SUDAH dua hari Aryan di Frankfurt, Jerman. Terasa rindu pula dengan
Qaisara. Apa agaknya yang dibuat Qaisara sekarang. Dia melihat jam. Baru pukul
10.00 malam. Tetapi waktu di Malaysia kini sudah pukul 4.00 pagi. Mungkin
Qaisara sekarang sedang dibuai mimpi. Dia mengeluh.
Tinggal 3 minggu lagi majlis perkahwinan dia dengan
Qaisara. Semua persiapan telah disiapkan oleh mamanya. Entah mengapa dia terasa
resah. Teringat kata-kata Eryna tempoh hari.
“Sampai hati you main-mainkan perasaan I. Selama ni you
anggap I apa? Tempat you hilangkan tension!
Tempat you berseronok?”
“Ryna, I tak pernah anggap you lebih dari seorang kawan.
You kawan I..bukan tempat hilang tension
atau tempat I berseronok. I mengaku yang mungkin layanan I pada you menyebabkan
you salah anggap mengenai hubungan kita tapi tak bermakna I cintakan you. Sorry
Eryna...I dah bertunang and I really love
her!”
“Senang je you cakap. Everyday
you spent your time with me. Now you kata kita kawan biasa je! How dare you?” marah gadis itu.
“Ryna..I harap you lupakan I. You cantik. Banyak lelaki
di luar sana yang menunggu you.”
“I tak nak dengar apa-apa lagi dari you! You tunggulah! I
akan dapatkan you walau apa pun yang terjadi even I terpaksa pertaruhkan nyawa orang!” ugut Eryna.
“Ryna! You nak buat apa? Jangan kata you nak buat apa-apa
pada tunang I. Kalau you apa-apakan dia, I akan cari you sampai ke lubang
cacing!”
Eryna hanya tersenyum sinis. “Well, just wait and see!” katanya sebelum berlalu meninggalkan
Aryan.
Sejak dari itu, Aryan tidak langsung menemui Eryna.
Tetapi ugutan Eryna itu merisaukannya. Sebab itulah sejak Eryna mengugutnya,
dia telah mengupah orang untuk mengekori Qaisara setiap hari.
Aryan meraut mukanya. Salah dia kerana melayan Eryna lebih-lebih
sehingga gadis itu telah tersalah anggap. Sebenarnya itu dulu, sebelum dia
dipertemukan dengan Qaisara kembali. Memang sebelum ini dia tidak langsung
menyangka dia akan dipertemukan kembali dengan Qaisara sehinggalah Qaisara
bekerja di syarikat papanya.
Cepatlah masa berlalu. Dia ingin selalu ada di samping
Qaisara untuk melindungi gadis itu.
“SARA, telefon kamu berbunyi dari
tadi ni! Kenapa tak angkat?” soal Puan Rosmah.
“Biarlah bu...memang dari tadi berbunyi. Entah siapa yang
telefon. Bila Sara angkat dia diam je!”
“Sara gaduh dengan Aryan ke?”
“Mana adalah ibu. Aryan outstation sekarang ni. Kenapa?”
“Tak adalah..manalah tahu kot kamu bergaduh dengan dia
sampai tak nak angkat phone,” balas
Puan Rosmah.
“Sara dengan Aryan okey je. Ni memang betul-betul ada
orang kacau Sara. Sara tak tahu siapa!”
“Sara bagitahu lah Aryan. Mana tahu kalau dia dapat
tolong detect nombor tu,” cadang Puan
Rosmah.
“Tak naklah bu..nanti dia kata Sara ni manja sangat semua
nak report kat dia je.”
“Suka hati kamulah. Ingat kamu tu dah nak kahwin. Jangan
buat perkara yang tak patut pula. Jangan asyik nak bergaduh dengan Aryan je,”
nasihat Puan Rosmah.
“Iya, Sara tahulah,” balas Qaisara.
Kali ini Qaisara nekad untuk bercakap walaupun orang yang
menelefonnya hanya berdiam diri. Sudah dua tiga hari nombor yang sama
mengganggunya. Untuk mematikan telefon, dia risau Aryan akan menelefonnya.
Memang pantang Aryan kalau dia mematikan telefon.
“Awak nak apa hah? Kenapa ganggu saya? Saya kenal awak
ke?”
Diam di hujung sana.
“Jangan ganggu saya lagi. Saya tak kenal awak. Faham!!”
sambung Qaisara lagi.
“Hai Qaisara..”tiba-tiba terdengar suara wanita di hujung
sana.
Qaisara menekap telefon ke telingannya erat.
“Awak ni siapa hah? Macam mana boleh kenal saya? Awak nak
apa ganggu saya?” bertalu-talu soalan keluar dari mulutnya.
“Kau memang tak kenal aku. Tapi aku kenal kau..tak
perlulah kau tanya macam mana aku boleh kenal kau. Satu je aku nak cakap.
Putuskan pertunangan kau dengan Aryan! Itupun kalau kau tak nak dia susah!”
kata wanita itu sebelum dia mematikan talian.
“Hello, hello....” Talian telah terputus.
Qaisara terkedu. Siapa perempuan tu? Apa hubungan
perempuan tu dengan Aryan? Macam-macam perkara bermain di fikirannya.
“KENAPA kau asyik mengelak bila aku ajak jumpa?” soal Aryan sewaktu Qaisara
masuk ke biliknya untuk meminta dia menandatangani beberapa dokumen. Memang dia
pelik dengan perubahan perangai Qaisara yang sentiasa mengelak itu sejak dia
pulang dari Frankfurt.
“Tak ada apa...kalau tak ada apa saya keluar dulu.”
Qaisara ingin berlalu pergi tetapi sempat ditahan oleh
Aryan.
“Kau kenapa ni?”
“Saya...saya tak ada apa-apa.”
“Tipu! Kalau tak ada apa-apa kau tak macam ni. Pandang
muka aku!”
Aryan memegang lengan Qaisara. Memaksa gadis itu untuk
memandangnya.
“Lepaskan saya...sakitlah!”
“Kau ada buat salah dengan aku ke?” soal Aryan lagi. Dia
tidak berputus asa.
“Tak ada kena mengena dengan awak!”
“Kau kenapa sebenarnya ni?”
“Kita batalkan perkahwinan kita!”
Aryan terkejut. “Aku salah dengar ke? Ulang balik ayat
kau tadi!” Aryan cuba mengawal suaranya.
“Saya nak kita batalkan perkahwinan ni! Saya tak nak
kahwin dengan awak!”
“Qaisara, kau jangan main-main. Majlis kita tinggal lagi
dua minggu. Kenapa tiba-tiba kau nak batalkan perkahwinan ni?”
“Saya tak main-main...saya tak boleh terima awak! Selama
ni saya terpaksa terima awak. Bukan atas kerelaan saya!”
Aryan ketawa. “Are
you kidding?”
“Saya akan cakap dengan family saya yang kita akan batalkan perkahwinan kita!” jawab
Qaisara dengan serius. Aryan terpana. Sedikit percaya yang Qaisara tidak
bergurau.
Aryan menolak Qaisara ke dinding. Kemudian dia
menghampirkan wajahnya ke wajah Qaisara. Qaisara tunduk. Kecut melihat wajah
Aryan yang sedikit bengis.
“Kalau kau berani buat, cubalah! Jangan menyesal kalau
aku buat sesuatu kat kau!”
“Saya..saya tetap nak kita putus. Awak nak buat apa pun
awak buatlah!” yakin Qaisara dengan kata-katanya. Tidak langsung dia
mempedulikan amaran Aryan sebentar tadi.
Aryan terdiam. Bulat benar keputusan Qaisara. “Kau keluar
sekarang!” tempik Aryan.
Qaisara masih tercegat di situ. Terkejut dengan tempikan
Aryan yang tiba-tiba.
“I said go out!!”
tempik Aryan sekali lagi apabila melihat Qaisara tidak keluar dari biliknya.
Selepas mengambil dokumen yang ditandatangani oleh Aryan tadi, Qaisara keluar.
Dia kembali ke tempat duduknya.
Malam itu, Qaisara memberitahu keluarganya. Mengucap
panjang Encik Khairul dan Puan Rosmah mendengarnya.
“Kenapa boleh jadi macam ni. Setahu ibu Sara tak ada
masalah dengan Aryan. Kenapa sampai nak batalkan perkahwinan. Kalau ada masalah
kan boleh bincang,” kata Puan Rosmah.
“Sebenarnya...sebenarnya kalau ibu dengan ayah nak tahu,
Aryan tulah lelaki yang pernah hina Sara dulu. Dia yang buat Sara menderita
dulu.” Qaisara terpaksa membuka hal yang sebenar untuk memberi bukti yang kukuh
supaya keluarganya akan bersetuju untuk membatalkan perkahwinannya dengan
Aryan.
“Kalau pasal tu, Sara tak payah risaulah. Semua orang
pernah buat silap. Tengok kesungguhan dia ayah dah tahu dia sayangkan Sara. Jadi
kenapa nak persoalkan lagi?” Giliran ayahnya pula bersuara.
Qaisara terkejut. Ibu dah ayahnya sudah tahu? Tapi sejak
bila pula mereka tahu?
“Sara...Sara...”
“Dah, jangan nak besar-besarkan perkara ni. Pergi minta
maaf dengan Aryan balik. Ibu ayah dengar ni pun boleh sakit jantung. Macam
manalah pula Aryan dengar kamu cakap macam ni. Isyh budak ni!”
“Sara tetap dengan pendirian Sara!”
“Sara jangan malukan ayah dengan ibu. Majlis Sara tinggal
lagi dua minggu. Kad semua dah diedarkan,” Encik Khairul sudah mula hendak naik
angin.
“Sabar bang..kita tanya Aryan nanti apa sebenarnya yang
dah jadi.” Puan Rosmah menyabarkan suaminya. Bimbang suaminya akan naik tangan
ke muka Qaisara.
Esoknya Puan Rosmah menelefon Aryan.
“Assalamualaikum Aryan..”
“Waalaikumusalam bu,” jawab Aryan.
“Ibu bukan nak masuk campur urusan kamu. Ibu nak tahu
kenapa tiba-tiba Sara nak batalkan perkahwinan kamu ni?” soal Puan Rosmah. Aryan
memang sudah agak Puan Rosmah pasti akan menyoalnya tentang tindakan Qaisara
yang hendak membatalkan perkahwinan mereka.
“Aryan sendiri tak tahu ibu. Tiba-tiba Sara nak batalkan.
Sebelum ni kami tak ada masalah pun,” jawab Aryan jujur.
“Kalau bukan ni puncanya, ibu rasa ni ada kena mengena
panggilan telefon tu lah,” kata Puan Rosmah lebih kepada dirinya sendiri.
“Panggilan telefon apa bu?” soal Aryan ingin tahu.
“Minggu lepas masa kamu outstation, ada orang asyik call
Sara tapi tak bercakap. Tapi ibu perasan juga sejak dari tu perangai Sara tu
berubah. Asyik termenung je,” terang Puan Rosmah.
“Sara tak ada cakap apa-apa kat ibu ke?”
“Tak ada pula. Sara ni bukannya nak bercerita apa-apa kat
ibu. Oh ya, baru ibu ingat. Sara rapat dengan mak sunya. Mesti dia ada cerita
dengan mak sunya. Nantilah ibu tanya kat mak su dia kalau dia tahu pasal Sara
ni.”
“Yelah bu..kalau ada apa-apa hal ibu bagitahu Aryan. Aryan
sekarang ni sibuk sikit nak uruskan banyak hal sebab lepas ni nak bercuti lama.
Terima kasih bu.”
“Yela..ibu faham. Assalamualaikum.”
“Waalaikumusalam..”
Aryan mematikan talian. Ada orang call Qaisara? Siapa agaknya? Tiba-tiba wajah Eryna menjelma. Mungkin...
Aryan mencapai kunci keretanya. Kemudian dia turun ke
bawah.
“Aryan nak pergi mana ni?” soal Datin Asmah melihat anak
bujangnya tergesa-gesa turun.
“Aryan pergi rumah Sara kejap!” sempat Aryan membalas
pertanyaan mamanya sebelum berlalu pergi.
Dalam perjalanan Aryan mendail nombor telefon Qaisara
namun hampa. Telefonnya dimatikan. Dek terlalu marah, Aryan membaling telefon
bimbitnya sehingga jatuh ke bawah kerusi.
Encik Khairul dan Puan Rosmah keluar apabila terdengar
suara memberi salam.
“Eh, Aryan..jemputlah masuk!” pelawa Encik Khairul.
“Tak apalah ayah..Aryan datang nak jumpa Sara. Dia ada
tak?”
“Sara ada kat atas. Nanti ibu panggilkan.” Puan Rosmah
masuk ke dalam untuk memanggil Qaisara.
“Sara! Sara!” panggil Puan Rosmah. Pintu bilik anaknya
terkunci dari dalam.
“Kenapa ni kak long?” soal Khalida yang muncul tiba-tiba.
Mungkin suaranya memanggil Qaisara agak kuat sehingga gadis itu keluar.
“Sara ni tak nak buka pintu. Dah puas kak long panggil.”
Khalida turut sama memanggil Qaisara. Namun tiada sahutan.
Mereka mula cemas. Puan Rosmah turun ke bawah.
“Awak ni kenapa? Saranya mana?” soal Encik Khairul pelik
apabila melihat Puan Rosmah turun keseorangan dengan wajah yang risau.
“Mah tak tahulah..Mah panggil Sara banyak kali tapi dia
tak jawab. Bilik dia pun terkunci. Mah risaulah. Kita buka bilik dia dengan
kunci pendua bang!”
“Ya Allah budak ni!” Encik Khairul masuk ke dalam rumah
diikuti Aryan dan Puan Rosmah.
Selepas mengambil kunci bilik pendua, Encik Khairul
membuka pintu bilik anaknya.
Bilik itu kosong tanpa penghuni. Mereka memanggil lagi
tetapi tetap tiada sahutan.
Bunyi pancuran air di dalam bilik air menarik perhatian
Khalida. Dia membuka pintu bilik air.
“Ya Allah! Abang Long, kak long..Sara pengsan!” jerit
Khalida.
Dia memangku kepala Qaisara yang tidak sedarkan diri itu.
Encik Khairul dan Puan Rosmah masuk ke dalam bilik air.
Aryan turut meluru ke arah Qaisara yang dipangku oleh
Khalida. Didukungnya Qaisara yang sedang pengsan itu. Kemudian dibawanya ke
dalam bilik. Tubuh Qaisara diletakkan perlahan di atas katil.
“Nafasnya lemah. Kita bawa pergi hospital!” Encik Khairul
yang masih tergamam dengan keadaan Qaisara hanya mengangguk.
Encik Khairul ikut serta ke hospital. Puan Rosmah
memangku Qaisara yang sedang pengsan di belakang. Khalida tinggal di rumah.
Sampai di hospital Qaisara di bawa ke Unit Kecemasan dan
Trauma.
“Apa yang berlaku pada Sara ni bang?” soal Puan Rosmah
lemah sambil menangis.
“Sabarlah Mah...kita sama-sama doa supaya tak ada apa
yang berlaku pada Sara,” pujuk Encik
Khairul. Sebenarnya dia sendiri masih bingung dengan apa yang berlaku. Aryan
juga kelihatan resah di sudut sana.
Tidak lama kemudian seorang doktor muda muncul.
“Macam mana anak saya doktor?” soal Encik Khairul.
“Pak cik dan mak cik boleh ikut saya ke bilik saya.”
Mereka bertiga mengikut doktor muda itu ke biliknya.
“Ni hasil imbasan otak pada pesakit,” kata doktor itu
sambil menunjukkan hasil imbasan otak Qaisara kepada Encik Khairul, Puan Rosmah
dan juga Aryan.
“Kami dapati ada kesan darah beku pada otak mangsa.
Pembedahan segera perlu dijalankan untuk membuang darah beku tu,” sambung
doktor itu lagi.
“Ya Allah, macam mana boleh jadi macam ni doktor?”
“Mungkin dia ada terhantuk pada sesuatu yang keras,”
jawab doktor itu.
“Doktor buatlah apa yang patut. Tolong selamatkan anak
saya doktor,” rayu Puan Rosmah. Air mata sudah basah di pipinya.
“Sabar mak cik. Kami akan buat pembedahan itu secepat
mungkin. Sebelum tu, saya nak menerangkan risiko yang mungkin anak mak cik dan
pak cik akan hadapi sesudah pembedahan itu.”
“Ada risiko juga ke doktor?” soal Aryan pula.
“Ya encik. Setiap pembedahan pasti ada risikonya.”
“Apa risikonya?” soal Aryan tidak sabar.
“Dia mungkin akan hilang semua ingatannya atau mungkin
separuh ingatan...”
“Bo..boleh sembuh ke?”
“Ini semua terpulang pada pesakit. Dalam kes yang ada,
biasanya pesakit macam Qaisara ni hanya akan mengalami gangguan hilang ingatan
sementara sahaja. Jadi pak cik dengan mak cik tak perlulah risau.”
SUDAH dua hari Aryan menjaga Qaisara di hospital. Qaisara masih koma. Qaisara
langsung tidak menunjukkan tanda-tanda untuk sedar. Sudah dua hari juga
keluarga Qaisara berkampung di hospital. Nasib baik dia telah menempah bilik
VIP bagi menempatkan Qaisara.
“Pesakit mungkin ambil masa untuk sedar kerana ini
melibatkan otak. Encik perlu sentiasa berbual dengan dia supaya otak dia dapat
diaktifkan,” pesan doktor yang merawat Qaisara.
‘Bangun Sara..kenapa kau buat aku macam ni? Aku perlukan
kau!’
Aryan memegang tangan Qaisara. Memberi semangat kepada
gadis itu untuk sedar.
“Aryan, pergilah balik rehat. Biar ibu pula yang jaga
Sara. Dah dua hari Aryan kat sini. Ibu tak nak Aryan sakit pula,” pujuk Puan
Rosmah. Dia faham hati bakal menantunya itu. Tetapi dalam masa yang sama dia
tak nak Aryan sakit.
“Tak apalah bu. Aryan nak jaga Sara. Aryan tak nak nanti
masa Sara sedar Aryan tak ada di sisinya.”
“Aryan, jangan macam ni. Sara pasti sedih kalau tengok
Aryan macam ni. Baliklah nak. Kalau ada apa-apa nanti ayah akan telefon Aryan,”
pujuk Encik Khairul pula. Akhirnya Aryan terpaksa mengalah. Dengan berat hati
dia melepaskan tangan Qaisara.
“Macam mana ni Nal? Kita kena batalkan majlis perkahwinan
Aryan dengan Sara. Sara langsung tak ada tanda-tanda nak sedar. Kalau dia sedar
pun mungkin ingatannya akan hilang. Majlis mereka tak lama lagi,” soal Encik
Khairul kepada Datuk Aznal.
“Saya rasa kita tangguhkan dulu majlis ni. Tunggu sampai
Sara sedar baru kita fikirkan balik,” jawab Datuk Aznal.
“Aryan tak setuju! Aryan nak kita teruskan pernikahan
ni!” sampuk Aryan tiba-tiba. Encik Khairul dan Datuk Aznal menoleh memandang
Aryan.
“Tapi Sara masih tak sedarkan diri,” kata Encik Khairul.
“Aryan dah tanya ustaz. Kita boleh teruskan perkahwinan
walaupun pengantin perempuan koma sebab Aryan yang akan akad nikah. Lagipun
ayah adalah wali mujbir, jadi ayah berhak sepenuhnya ke atas Sara dan tak ada
masalah kalau nak teruskan pernikahan!”
Datuk Aznal mengangguk. Nampaknya Encik Khairul terpaksa
meneruskan pernikahan itu.
“Aku terima nikahnya Nur Wardah Qaisara Binti Khairul
dengan mas kahwin lapan puluh ringgit tunai!” Dengan tenang Aryan melafazkan
akad nikah. Encik Khairul sendiri yang menikahkan anak gadisnya. Upacara itu
hanya dijalankan di kamar hospital sahaja. Hanya Encik Khairul anak beranak
dengan Datuk Aznal sekeluarga menjadi saksi pernikahan itu.
“Terima kasih Aryan sebab terima Qaisara sebagai isteri
Aryan walaupun Sara..” ucap Encik Khairul. Namun dipotong oleh Aryan.
“Jangan macam ni ayah. Aryan ikhlas terima Sara. Tak
kiralah macam mana keadaan Sara.”
Malam itu, semua ahli keluarga pulang ke rumah untuk
menguruskan majlis kesyukuran atas perkahwinan Aryan dan Qaisara walaupun
mereka tiada di rumah. Hanya Aryan yang menemani Qaisara sendirian di hospital.
Aryan merenung wajah isteri yang baru dinikahi petang
tadi. Wajah pucat itu kelihatan tenang. Tiba-tiba Aryan terasa tangan Qaisara
bergerak.
“Sara...Sara bangun sayang!”
Aryan menggoncang tubuh Qaisara. Perlahan-lahan Qaisara
membuka matanya. Aryan bersyukur. Doanya siang dan malam akhirnya diperkenankan
oleh Allah.
Dia pantas keluar memanggil doktor. Seorang doktor yang
bertugas malam itu memeriksa Qaisara.
“Saya kat mana ni?” soal Qaisara perlahan. Dia cuba
bangun. Namun ditahan oleh doktor itu.
“Cik kat hospital sekarang..siapa nama cik?” Doktor muda
itu cuba menguji tahap ingatan Qaisara.
Qaisara berkerut cuba mengingati sesuatu.
“Kenapa awak tanya macam tu. Mestilah saya tahu nama
saya. Saya..saya...ahhh!” Qaisara mengerang kesakitan. Sungguh dia lupa namanya
sendiri.
“Cik kenal lelaki ni?” soal doktor itu lagi sambil
menunjukkan Aryan. Qaisara memandang Aryan. Cuba mengingati siapa lelaki itu.
Sekali lagi dia gagal mengingat.
“Cik tak perlu paksa diri cik. Cik rehat dulu. Encik
Aryan boleh ikut saya ke bilik saya?”
Aryan mengangguk
kemudian dia menghampiri Qaisara.
“Sara tunggu sekejap, abang jumpa doktor kejap,” ujarnya
sebelum mengikut doktor itu.
“Nampaknya otaknya masih belum dapat proses untuk recall ingatannya semula. Harap Encik
Aryan bersabar. Dia mungkin memakan masa untuk sembuh. Tapi Encik Aryan jangan
risau, ini hanya temporary sahaja.
Lambat laun Qaisara akan dapat ingat balik. Cuba bercerita perkara-perkara yang
dia biasa buat. Tapi encik tak boleh paksa dia untuk mengingat kerana ini akan
mencederakan otaknya.”
“Baiklah doktor..saya faham.”
Aryan kembali ke bilik Qaisara. Kelihatan Qaisara sedang
diperiksa oleh seorang jururawat. Setelah selesai, jururawat itu keluar.
“Tadi jururawat tu kata nama saya Qaisara. Betul ke?
Kenapa saya langsung tak ingat?” soal Qaisara dengan wajah yang keliru.
Aryan duduk di sisi Qaisara kemudian dia mencapai tangan
Qaisara. Qaisara kelihatan takut dan meronta untuk dilepaskan.
“Maafkan saya...” ‘Ah! Qaisara bukannya tahu yang aku
suaminya!’
“Sara, saya Aryan...ingat tak?”
“Aryan?” Qaisara cuba mengingat tetapi kepalanya terasa
sakit.
“Sara tak perlu paksa diri Sara...anggap je kita baru
berkenalan,” ujar Aryan akhirnya, dia tidak mahu Qaisara memaksa otaknya untuk
mengingatinya. Qaisara tersenyum. Kemudian dia menghulurkan tangannya. Aryan
hairan. Dia mengangkat kening.
“Selamat berkenalan!” ujar Qaisara sambil tersenyum.
Barulah Aryan faham. Dia menggenggam kemas tangan Qaisara. Nampaknya dia
terpaksa memulakan semuanya dari mula. Tetapi tak mengapa. Dia tetap akan
bersabar. Tiada apa yang perlu dirisaukan kerana Qaisara sudah menjadi
miliknya.
Sepanjang malam itu, Aryan bercerita bermacam perkara
kepada Qaisara. Dari mereka sekolah sampailah sekarang. Mengenai keluarga
Qaisara dan lain-lain. Semuanya perkara yang indah-indah. Tidak pula Aryan
menyebut yang mereka sudah menjadi suami isteri. Bimbang perkara itu akan
membebankan Qaisara. Akhirnya Aryan terlena di sisi Qaisara.
Keluarga Qaisara memenuhi ruang bilik hospital itu
termasuk keluarga Datuk Aznal. Mereka semua bersyukur kerana Qaisara sudah
sedar. Mungkin ini hadiah perkahwinan Qaisara dengan Aryan.
“Ni mesti ibu..yang ni ayah!” ujar Qaisara sambil
menunjuk ayah dan ibunya.
“Sara ingat ke sayang?” soal Puan Rosmah gembira.
“Mestilah Sara ingat ayah dengan ibu. Apalah ibu ni!”
jawab Qaisara tenang. Puan Rosmah gembira dengan kenyataan Qaisara itu.
Qaisara berbisik kepada Puan Rosmah. “Mama kenal ke Aryan
ni. Dia kata dia kawan Sara. Betul ke?” Puan Rosmah tersentak.
“Sara tak kenal Aryan ke?”
Qaisara menggeleng. Puan Rosmah pantas memandang Aryan.
“Aryan tak bagitahu siapa Aryan pada Sara?” soal Puan
Rosmah kepada menantunya. Aryan menggeleng.
“Sara betul-betul tak kenal Aryan?” soal Puan Rosmah
lagi. Sekali lagi Qaisara menggeleng. Wajah Puan Rosmah bertukar mendung.
“Sabarlah Mah...kita doa pada Allah semoga Sara cepat
sembuh!” pujuk Encik Khairul.
“Ni siapa pula?”
soal Qaisara sambil menunjukkan Datuk Aznal dengan Datin Asmah. Giliran Datuk
Aznal dan Datin Asmah pula terkejut. Mereka memandang Aryan. Aryan menggeleng
sedikit.
“Papa ni ayah angkat Sara. Sara panggil papa, papa. Yang
ni Sara panggil mama,” terang Datuk Aznal sambil menunjuk isterinya. Datin
Asmah mengangguk. Qaisara tersenyum. Kini dia sudah mengenali semua yang ada di
dalam bilik itu.
“Bila Sara boleh balik?” soal Encik Khairul kepada Aryan.
“Mungkin dua tiga hari lagi dia boleh balik,” jawab
Aryan. Mereka semua mengangguk.
“Macam mana Sara boleh tak kenal Aryan?” soal Datin Asmah
kepada anak bujangnya ketika mereka duduk di luar sementara menunggu Qaisara
menghabiskan masa dengan keluarganya.
“Temporary lost
memory ma. Sara tak dapat ingat semua memori dia yang baru terjadi,” terang
Aryan.
“Aryan pun tak bagitahu Sara yang Aryan suami dia?”
“Aryan tak nak bebankan dia ma..”
“Habis tu sampai bila nak macam ni? Bila Sara balik nanti
pun, dia kena tinggal dengan Aryan juga?”
“Aryan dah fikirkan hal ni...Aryan rasa lebih baik Sara
duduk dengan keluarga dia dulu. Biar dia pulih dulu. Tapi Aryan akan jenguk dia
tiap-tiap hari,” putus Aryan. Memang dia sudah memikirkan semua ini semalam.
“Tak lama lagi kan Aryan nak ke Sweden dua bulan?”
Aryan terkejut. Dia terlupakan hal itu.
“Ya Allah, Aryan lupa ma!”
“Itulah, masa buat keputusan tak nak fikir! Mama tak rasa
Sara nak ikut Aryan pergi sana.” Aryan pun rasa perkara yang sama. Masakan
Qaisara mahu mengikutnya dalam keadaannya yang hilang ingatan.
“Macam mana ni ma?”
“Ermm..nampaknya terpaksalah mama dengan papa yang
pergi.”
“Terima kasih ma,” ucap Aryan sambil mencapai tangan
mamanya.
“SARA ingat tak dulu masa sekolah, Sara duduk sebelah saya dalam kelas?”
tanya Aryan.
“Tak ingat. Kita sama kelas ke dulu?”
Aryan mengangguk, kemudian dia menyambung lagi.
“Masa tu awak selalu pandang saya dalam kelas. Masa tu
saya tahu awak minat kat saya.”
“Yeke? Awak tipu kan? Mentang-mentaglah saya tak ingat.
Awak nak tipu saya pula!” sangkal Qaisara. ‘Merepek je Aryan ni. Sejak bila
pula aku suka dia. Kenal pun tidak!’ nafi otaknya.
“Saya ingat lagi masa tu hari sukan kat sekolah. Awak
langsung tak join apa-apa aktiviti
tapi awak jadi ahli bulan sabit merah. Masa saya cedera awak tak nak bagi saya
ubat. Awak suruh kawan awak, kalau tak silap saya kawan awak tu Ulfah. Awak
suruh dia yang bagi ubat kat saya kan?” kata Aryan sambil ketawa. Kembali
mengingati kisah mereka lapan tahun lepas.
Walaupun dia tidak ingat langsung tetapi dia tetap malu
kalau semua itu benar-benar berlaku.
“Masa kita nak masuk tingkatan lima, saya dengar awak nak
pindah sebab ikut family awak pindah.
Tapi lastly tak jadi. Sebab saya
dengar awak sayang nak tinggalkan sekolah tu. Tapi saya tahu, awak tak nak
tinggalkan sekolah tu sebab tak nak tinggalkan saya kan?”
“Boleh tak awak jangan cerita lagi pasal hal dulu kat
saya?” marah Qaisara. Dia sebenarnya terasa malu apabila kisah lama diungkit
semula walaupun dia sudah tidak ingat lagi. Mukanya sudah merah padam.
“Yelah, yelah...saya tak cerita lagi. Tapi kalau awak nak
tahu dulu awak panggil saya sayang tau!”usik Aryan. Suka melihat gadis itu
malu.
“Aryan!” jerit Qaisara. Aryan sudah ketawa mendengar
jeritan Qaisara.
“ARYAN tu nakal kan mak su. Suka usik Sara. Mentang-mentanglah Sara dah tak
ingat!” adu Qaisara pada Khalida sewaktu Khalida menemaninya di bilik.
“Apa pendapat Sara tentang Aryan?” soal Khalida.
“Ermm...okeylah. Dia baik. Selalu teman Sara. Kenapa?”
“Sara suka Aryan tak?”
“Mestilah Sara suka.”
“Suka macam mana?”
“Suka macam kawan lah.”
“Yeke? Mak su rasa Sara suka Aryan lebih dari kawan je,”
duga Khalida.
“Merepek je mak su ni! Entah-entah Aryan tu dah ada girlfriend. Tak naklah Sara kacau boyfriend orang!”
“Kalau Aryan tak ada girlfriend
lagi macam mana?”
“Mak su!!” Khalida ketawa.
‘Sara...Sara..kalaulah kau tahu Aryan tu suami kau’
“Mak su, kalau Sara nak tanya sesuatu boleh?”
“Apa dia?”
“Betul ke dulu Sara pernah suka dekat Aryan? Sebab Aryan
kata masa sekolah dulu Sara minat dekat dia,” soal Qaisara.
“Sara rasa?”
“Aryan tipu Sara..macam manalah Sara boleh suka mamat
tiga suku macam dia tu!”
“Sara kata suami Sara mamat tiga suku?”
“Apa suami-suami. Dia bukan suami Saralah!”
“Eh, mak su silap! Kenapa Sara panggil dia mamat tiga
suku?”
“Iyalah, dia suka cakap merepek dengan Sara. Mestilah dia
dah tak betul!”
“Ermmm..no komen!”
SUDAH sebulan hubungan kawan terjalin antara Qaisara dan Aryan. Qaisara
sudah dapat membiasakan dirinya dengan Aryan. Begitu juga Aryan. Namun,
kadang-kadang perasaan untuk dimanjakan sebagai suami itu meronta-ronta di
hatinya. Lebih-lebih lagi sekarang dia tinggal seorang di rumah besar milik
keluarganya selepas papa dan mama berangkat ke Sweden minggu lepas.
“Sara, kalau saya cakap sikit awak jangan marah ya.
Pernah tak terlintas kat hati awak yang hubungan kita sebelum ni bukan setakat
kawan je? Malah lebih dari tu?”
“Maksud awak?”
“Yelah..maksud saya sebelum ni kita pernah merancang
hendak kahwin?” jelas Aryan. Qaisara terdiam. Cuba memikirkan sesuatu.
Tiba-tiba kepalanya terasa sakit.
“Sara tak payah fikir lagi...jom saya bawa Sara masuk
dalam bilik.” Aryan memimpin Qaisara ke biliknya. Sampai di depan bilik Qaisara
menahan Aryan.
“Tak apa..saya masuk sendiri. Terima kasih!”
Qaisara membaringkan diri di atas katil. Persoalan Aryan
tadi terngiang-ngiang kembali. Betul ke kami ada merancang untuk berkahwin?
Dia meramas jari-jemarinya. Kemudian dia terasa sesuatu.
Cincin? Sejak bila dia memakai cincin ini? Ayah ke beri atau ibu? Cincin emas
putih bertahta berlian itu dipandang. Rasanya ayah tak akan mampu untuk membeli
cincin semahal ini.
Qaisara turun ke bawah. Dia mencari kelibat ayah dan
ibunya. Ingin bertanya mengenai kehadiran cincin di jari manis yang baru di
sedarinya itu.
“Sampai bila Aryan nak sorokkan hal ini dari Sara? Ibu
kasihan dengan Aryan asyik berulang ke sini. Patutnya Sara yang layan makan
pakai Aryan.” Suara ibunya kedengaran.
“Tak apalah bu. Aryan tak kisah. Aryan tak nak paksa
Sara. Lagipun dia tak sihat lagi.” Kedengaran suara Aryan pula.
“Apa guna Aryan kahwin dengan Sara kalau Aryan kena duduk
sorang-sorang?”
‘Kahwin? Apa maksud mereka?’
“Aryan kahwin dengan Sara bukan semata-mata nak dia layan
Aryan. Aryan kahwin dengan dia sebab Aryan betul-betul ikhlas nak ambil Sara
jadi isteri Aryan.”
‘Aryan kahwin dengan aku? Maksudnya Aryan suami aku?’
“Apa ibu dengan Aryan cakap ni? Apa maksud awak?” soal
Qaisara tiba-tiba. Dia keliru. Dia ingin tahu apa sebenarnya yang berlaku.
Kelihatan Aryan dan Puan Rosmah terkejut.
“Sara!”
“Betul ke Sara dah kahwin dengan Aryan bu? Betul ke?”
“Sara, dengar saya cakap,” potong Aryan.
“Diam! Saya tak tanya awak! Betul ke bu?” soal Qaisara
lagi.
“Betul Aryan suami Sara...dah sebulan Aryan jadi suami
Sara,” jawab Puan Rosmah. Tidak guna lagi dia berselindung. Anaknya itu perlu
tahu hal yang sebenar. Qaisara terduduk. Persoalan mengenai cincin yang
tersarung di jari manisnya telah terjawab. Itu cincin kahwinnya. Pemberian
Aryan.
Aryan menghampiri Qaisara. Cuba menenangkan gadis itu.
“Kenapa awak tak bagitahu saya? Kenapa?” soal Qaisara sambil menangis.
“Sara, saya tak mahu membebankan awak. Saya tahu awak
masih tak ingat apa-apa lagi,” jawab Aryan. Tubuh gadis itu cuba dipegangnya
tetapi nampaknya gadis itu dingin. Tak apalah. Dia faham.
Qaisara bangun dan terus berlari ke biliknya. Dia
menangis semahu-mahunya di dalam bilik.
“Sabarlah Aryan..lama-lama baiklah dia tu,” pujuk Puan
Rosmah. Aryan hanya mengangguk.
SEMINGGU berlalu sejak Qaisara tahu dia dan Aryan adalah suami isteri. Dia
tidak mahu langsung berjumpa dengan Aryan lagi. Aryan yang memahami hanya
mengikut rentak si isteri. Namun begitu, rutin hariannya tidak sedikit pun
terjejas. Dia tetap akan berkunjung ke rumah Encik Khairul untuk menjenguk
isterinya. Manalah tahu kalau hati isterinya sudah kembali sejuk. Tetapi hampa.
Sebaik sahaja Qaisara tahu dia yang berkunjung cepat-cepat gadis itu akan
mengurung diri di dalam bilik.
“Sara ingat tak esok hari apa?” soal Khalida suatu hari.
“Hari apa?”
“Sara langsung tak ingat?”
Qaisara menggeleng. “Esok birthday Sara.”
“Yeke? Selalunya Sara buat apa masa birthday Sara?”
“Ermm...Sara ajak mak su shopping then Sara akan belanja mak su,” jawab Khalida.
“Yeke mak su?”
“Tak adalah mak su guraulah!”
“Habis tu Sara suka buat apa?”
“Bila malam macam ni Sara suka duduk depan rumah sambil
tengok langit. Sara kata manalah tahu kalau tiba-tiba ada tahi bintang jatuh,
Sara nak buat wish,” cerita Khalida
tentang aktiviti Qaisara pada malam hari lahirnya.
Qaisara terdiam. Dia tidak sedikit pun ingat akan
aktivitinya itu. “Bila siang pula Sara buat apa?”
“Ermm....Sara akan paksa semua orang dalam rumah ni
sambut birthday Sara. Along, Angah
semua akan datang sambut birthday
Sara.”
“Very
interesting...so jom teman Sara!” Qaisara menarik tangan Khalida. Khalida
kehairanan.
“Nak pergi mana?”
“Duduk dekat luar lah. Tengok bintang!”
Khalida tersenyum. ‘Menyesal aku cerita tadi!’ gerutu
hatinya.
Khalida dan Qaisara duduk di halaman rumah menunggu detik
12.00 malam yang semakin hampir. Cantik langit malam ini. Mungkin cuaca baik
malam ini menyumbang kepada kecantikan dada langit.
“Sara, kalau mak su nak tanya Sara sesuatu boleh?”
Qaisara memberi isyarat supaya Khalida meneruskan
pertanyaannya.
“Kenapa Sara tak boleh terima Aryan? Kasihan dia...”
Qaisara mengeluh.
“Entahlah mak su...Sara tak sangka yang Sara dah kahwin.
Tapi Sara langsung tak ingat macam mana Sara boleh kahwin dengan dia.”
“Sara tahu tak Aryan sayang sangat dengan Sara...dia
sanggup terima Sara walaupun masa tu Sara koma. Chances untuk Sara sembuh pun mungkin makan masa. Tapi dia tak
kisah pun.”
“Apa maksud mak su?”
“Sara kahwin dengan Aryan masa Sara koma..”
Qaisara terpempan. Betul ke apa yang dia dengar ni?
“Sara tak caya! Sara tak caya!” jerit Qaisara kemudian
dia terus berlari masuk ke biliknya.
‘Kenapa kau bodoh kahwin dengan orang yang hilang ingatan
macam aku? Sampai bila kau nak bertahan dengan aku yang tak boleh ingat apa-apa
lagi hatta nama aku sendiri?’ Qaisara mengeluh.
Tiba-tiba handphonenya
berbunyi menandakan ada message
masuk. Dia mencapai handphonenya.
‘Selamat
Hari Lahir sayang! Bila abang tengok bintang, abang teringat kat Sara..semoga
cepat sembuh! – Aryan
Sejak Qaisara sudah tahu yang mereka adalah suami isteri,
Aryan telah menukar panggilannya dari ‘saya’ ke pada ‘abang’.
Qaisara bangun menuju ke tingkap. Perlahan-lahan tingkap
itu di buka untuk melihat langit. Langit masih cantik seperti tadi. ‘Ya Allah,
kau kembalikanlah ingatanku supaya aku tidak keliru lagi’ doanya di dalam hati.
Sekali lagi telefonnya berbunyi. Kali ini panggilan
telefon pula. Qaisara mengambil telefonnya. Aryan!
Dia serba salah hendak angkat ataupun tidak. Akhirnya
butang hijau itu ditekan.
“Assalamualaikum sayang..tak tidur lagi ya?” soal suara
di hujung sana. Qaisara hanya mendiamkan diri. Naik seram pula dia apabila
Aryan memanggilnya sayang.
“Selamat Hari Lahir sayang..♡ abang nyanyi untuk sayang ya.” Aryan tetap menyambung
percakapannya walau pun Qaisara terus mendiam.
Whenever i’m weary, from the battles that raged in my
head,
You make sense of madness,
When my sanity hangs by my thread,
I lose my way, but still you seems to understand,
Now and forever, I will be your man...
Sometimes I just hold you,
Too caught up in me to see,
I’ m holding a fortune, that heaven has given to me,
I’ll try to show you each and every way I can,
Now and forever I will be your man...
Now I can rest my worries and always be sure,
That I won’t be alone anymore,
If I’d only known you were there all the time...all this
time,
Until the day the ocean, does’nt touch the sand,
Now and forever I will be your man...
Lagu Now and Forever nyanyian Richard Marx itu
betul-betul meresap ke dalam hati Qaisara. Entah kenapa dia rasakan suara Aryan
begitu lunak menyanyikan lagu tersebut. Air mata mengalir di pipinya. Sendu
yang datang cuba ditahan.
“Sara..Sara okey ke?” soal Aryan. Dia dapat merasakan
yang Qaisara menangis ketika ini. Qaisara mengelap air matanya. Kemudian dia
mematikan talian. Dia tidak mahu Aryan mendengar tangisannya. Entah pukul
berapa malam itu dia tertidur dia sendiri tidak sedar.
ARYAN gembira kerana Qaisara sudah berubah. Tidak lagi mengelak ketika dia
bertandang ke rumah. Hari ini dia ingin mengusulkan cadangan untuk membawa
Qaisara tinggal di rumahnya. Encik Khairul dan Puan Rosmah sudah diberitahu.
Hanya Qaisara yang belum diberitahu. Dia perlu mencari ayat yang sesuai untuk
memujuk gadis itu.
“Sara ikut abang balik rumah abang ya?” ajak Aryan.
Ketika itu Encik Khairul dan Puan Rosmah juga ada sama. Qaisara memandang
Aryan.
“Nanti setiap minggu kita balik sini.” Sambung Aryan
lagi.
“Sara, tempat seorang isteri adalah di sisi suami. Tak
kira ke mana suami tu pergi, Sara mesti ikut. Sara ikut Aryan ya sayang,” pujuk
Puan Rosmah pula. Qaisara masih lagi diam. Dia hanya tunduk memandang lantai.
“Kalau Sara tak nak tak apalah. Abang tak paksa,” kata
Aryan akhirnya. Dia tidak mahu memaksa Qaisara.
“Saya..saya ikut awak!” jawapan dari mulut Qaisara itu
benar-benar mengembirakan Aryan. Puan Rosmah dan Encik Khairul juga tumpang
gembira walaupun mereka akan berpisah dengan anak bongsu mereka.
Rumah itu terasa asing. Rumah kondominium itu dipandang.
Tidak banyak perabot yang ada di dalam rumah itu.
“Abang jarang datang sini. Tak sempat nak hias dan beli
perabot lagi,” kata Aryan seakan mengerti pandangan Qaisara. Qaisara hanya
mengangguk.
“Ni bilik kita!” ujar Aryan menunjukkan bilik tidur utama
kepada Qaisara. Bilik itu tampak besar dan selesa. ‘Bilik kita? Maknanya dia
perlu berkongsi bilik dengan Aryan.’
“Boleh tak saya tidur kat bilik lain je?”
Aryan mengerti. Nampaknya dia perlu bersabar lagi dengan
kerenah Qaisara. Ini pun nasib baik Qaisara mahu mengikutnya tinggal bersama.
“Sara tidur kat bilik ni. Biar abang tidur kat bilik
lain.”
Selepas meletak beg Qaisara, Aryan berlalu keluar.
Ketukan di pintu memeranjatkan Qaisara. Dia bingkas
bangun untuk membuka pintu. Sempat dicapainya kain tudung.
“Abang nak ambil baju kejap.”
Disebabkan perubahan yang tanpa dirancang itu, Aryan
tidak sempat memindahkan semua bajunya di
bilik tidur utama ke dalam biliknya yang lain.
Qaisara membuka pintu membenarkan Aryan masuk. Setelah
mengambil bajunya Aryan keluar.
Qaisara sudah membiasakan diri dengan rutin hariannya.
Setiap pagi dia akan menyediakan sarapan untuk Aryan. Tengahari pula Aryan akan
pulang untuk makan tengahari, Cuma kadang-kadang kalau tidak sempat, Aryan akan
menelefonnya. Malam pun ada masanya Aryan akan membawa Qaisara makan di luar.
“Apa kata kalau kita pergi honeymoon?” usul Aryan suatu hari. Memang sudah lama dia merancang
tetapi tidak terkeluar cadangan itu dari mulutnya. Takut Qaisara menolak. Hari
ini baru dia dapat kekuatan untuk menyusulkannya.
“Awak nak pergi mana?”
“Mana-mana tempat yang Sara suka...dalam negara, luar
negara. Ke Jepun pun boleh.”
Qaisara diam berfikir. Jepun? Tiba-tiba dia teringat
sesuatu. Ah!! Sakitnya!
“Sara kenapa ni?” soal Aryan cemas apabila melihat
kerutan di dahi Qaisara.
“Kepala saya sakit!” Qaisara bingkas bangkit dari
duduknya. Dia mahu masuk ke biliknya. Aryan hanya memandang.
Ermmm...Jepun. Dia akan merealisasikan impian Qaisara
untuk menjejakkan kaki ke menara merah itu.
SEMUA persiapan sudah siap. Tempat penginapan, kenderaan di sana, pakaian
sejuk, visa semua sudah disiapkan oleh Aryan.
Dia ingin memberi kejutan pada Qaisara. Namun sampai di
rumah dia pula dikejutkan dengan keadaan Qaisara.
Qaisara sedang menangis. Aryan kehairanan. Dihampiri
Qaisara. Di tangan Qaisara terdapat sebuah dairi lama yang telah disimpannya
selama lapan tahun ini.
“Diari ni saya punya?” soal Qaisara. Air matanya masih
mengalir. Pagi tadi sewaktu dia mengemas almari milik Aryan, tiba-tiba sebuah
kotak sederhana besar terjatuh keluar dari almari itu. Sebuah dairi kecil
terkeluar dari kotak itu. Qaisara pantas mencapai dairi itu.
‘Dairi 2004. Hak milik Nur Wardah Qaisara Binti Khairul’
Kenapa dairi ini tertulis namanya? Kalau dia punya macam
mana diari itu boleh ada dalam simpanan Aryan?
Bermacam-macam persoalan bermain di fikirannya. Tanpa
sedar dia sudah mula menyelak diari itu. Muka surat pertama.
‘Impian yang ingin dicapai –
1)
Menjadi
wanita pertama menjadi perdana menteri Malaysia.
2)
Menjejakkan
kaki ke Jepun sambil melihat bunga sakura.
3)
Kahwin
dengan Aryan. (tapi mustahil untuk aku gapai).
4)
Memiliki
sepasang anak kembar – macam Zara dengan Zahran.
Muka surat kedua.
Semua berkaitan dirinya. Kemudian dia menyelak lagi.
25 Mac 2004
Hari
ni hari lahir Aryan. Dia dapat banyak hadiah. ‘Kipas susah mati’nya yang bagi.
Aku pun ada bagi hadiah, tapi hadiah aku biasa je. Tak semewah ‘kipas susah
mati’nya bagi. Hanya keychain yang terukir namanya. Aku sanggup korek tabung
untuk upah Pak Cik Sukri ukir keychain itu untuk Aryan. Harap dia sudi terima.
26 Mac 2004
Aku
langsung tak nampak Aryan pakai keychain yang aku bagi. Agaknya dia tak sudi.
Yelah, keychain aku tu bukannya cantik sangat!
3 Disember 2004
Esok
hari terakhir SPM. Selepas ini aku akan pulang ke Johor. Mungkin aku tak kan
jumpa Aryan lagi. Selamat tinggal Aryan. Saya akan tunggu awak!
Air mata Qaisara mengalir keluar. Sampai macam tu sekali
dia cintakan Aryan. Tiba-tiba terjatuh sekeping gambar dari dalam dairi itu.
Gambar aku? Gambar dia memakai sepasang baju kebaya kain songket. Di belakang
gambar itu tertulis sesuatu.
‘Dia
cantik! – Majlis Makan Malam Pelajar Tingkatan Lima SMK Seri Cempaka – 25
September 2004.’
Qaisara menyelak helaian pada 25 September 2004. Dia
ingin tahu apa yang berlaku pada hari itu.
25 September 2004
Kelas
aku kena buat persembahan bagi majlis makan malam kami. Kami berlakon ala-ala
Bawang Putih, Bawang Merah. Macam biasa, Aryan akan dipilih sebagai watak utama
iaitu putera raja. Disebabkan ramai yang hendak menjadi Bawang Putih, undian
terpaksa dijalankan. Tanpa aku sangka, aku terpilih menjadi Bawang Putih.
Aku
tahu ramai yang mencemuh kerana aku tidak layak menjadi Bawang Putih. Aku ingin
tarik diri tetapi Aryan menghalang. Katanya memang dah takdir aku jadi Bawang
Putih, jadi aku kena teruskan. Disebabkan itu aku kuatkan semangat untuk
melakonkan watak itu.
Kelas
kami mendapat pujian kerana lakonan kami begitu bermakna. Apa-apa pun aku cukup
seronok kerana berjaya membawa watak itu dengan jayanya.
Qaisara terasa mukanya merah. Aku jadi Bawang Putih? Berlakon
dengan Aryan? Ah! Malunya!
Kemudian dia menyelak muka surat lain. Sangkanya 3
Disember adalah kali terakhir dia menulis diari itu.
4 Disember 2004
Maafkan
aku kerana menengking kau semalam. Aku tak berniat hendak menengking kau.
Mungkin egoku sedikit tercabar bila melihat engkau bergembira dengan teman kau
sedangkan aku terasa sedih kerana mungkin kita akan berpisah selepas ni.
Tahukah kau yang aku juga sukakan kau?
‘Aryan suka kan aku? Maknanya aku tak bertepuk sebelah
tangan dulu.’
Dia menyelak lagi.
8 Disember 2004
Aku
akan meninggalkan bumi Malaysia. Selamat tinggal Sara! Aku akan cari kau suatu
hari nanti. Kalau jodoh kita ada aku akan sunting kau menjadi suri hatiku.. I ♡ you.
Jadi tak mustahillah sebelum dia hilang ingatan, mereka
memang pernah merancang untuk berkahwin kerana mereka saling mencintai. Tapi
kenapa aku rasa keliru?
Beberapa barang yang terkeluar dari kotak tadi di
ambilnya. Terdapat sebuah keychain
yang terukir nama Aryan. Agaknya inilah keychain
yang dia bagi pada Aryan dulu. Aryan masih simpan lagi keychain ni?
“Macam mana Sara boleh jumpa dairi tu?” soal Aryan cemas.
“Betul kan ni diari saya?” soal Qaisara lagi.
Aryan mengangguk. Diari yang telah disimpan selama lapan
tahun itu akhirnya kembali kepada tuannya.
“Macam mana diari ni boleh ada kat tangan awak? Saya bagi
awak?”
Aryan gelisah. Bagaimana dia hendak menerangkan mengenai
itu sedangkan ketika itu adalah kenangan pahit yang mungkin akan merobek hati
Qaisara.
“Abang jumpa diari Sara masa dalam kelas dulu. Mungkin
Sara tercicir,” bohong Aryan.
“Betul ke?” soal Qaisara curiga.
“Betul!”
“Kenapa saya tak ingat apa-apa?” Qaisara geram kerana dia
langsung tidak ingat apa-apa mengenai diari itu.
“Tak apalah..lama-lama nanti Sara akan ingat,” kata Aryan
perlahan. Kalau tidak disebabkan Eryna, Qaisara tidak akan jadi begini.
Akhirnya gadis itu menerima pembalasannya apabila dijumpai mati akibat terlebih
dos ubat tidur. Namun begitu dia tetap bersyukur kerana Qaisara tidak
diapa-apakan oleh Eryna. Hanya ugutan semata-mata.
Dia menarik tangan Qaisara untuk duduk di sisinya di
birai katil. Kemudian dia mengeluarkan sehelai sampul surat bersaiz A4. Sampul
surat itu diserahkan kepada Qaisara. Qaisara memandang wajah Aryan.
“Bukalah dulu!”
Tangan Qaisara lincah membuka sampul itu. Dua tiket penerbangan
ke Tokyo bertarikh 30 Mac.
“Abang nak realisasikan impian Sara nak ke Jepun tengok
bunga sakura. Kan ke impian Sara nak tengok bunga sakura?” kata Aryan
menerangkan isi sampul itu.
Qaisara terharu. “Terima kasih bang.” Ayat itu keluar
spontan dari mulut Qaisara. Dia rasa tenang kini, tidak keliru. Biarlah dia
tidak ingat apa-apa. Asalkan dia tahu dia cukup bertuah mempunyai suami seperti
Aryan.
Aryan tersenyum mendengar panggilan Qaisara kepadanya
yang telah berubah. Akhirnya pintu hati Qaisara telah terbuka untuk menerimanya
sebagai suami.
“Abang cintakan Sara!” akhirnya ayat keramat itu keluar
juga dari mulut Aryan. Qaisara tersentak. Perlahan dipeluknya tubuh Aryan.
Turut sama membisikan kalimah itu.
“Satu je yang belum abang tunai kan!”
“Apa dia?” soal Qaisara manja.
“Abang belum dapat bagi Sara kembar macam Zara dengan
Zahran!” jawab Aryan sambil tersenyum penuh makna. Ya, masih dia ingat lagi
Zara dan Zahran pasangan kembar yang sama kelas dengan mereka dulu. Anak mata
Qaisara direnung. Qaisara tertunduk malu.
“Abang ni!” marah Qaisara sambil mencubit lembut lengan
Aryan.
“Sakitlah yang...” jerit Aryan. Qaisara cuak. Sakit ke?
Digosoknya lengan Aryan yang sedikit merah.
Aryan tersenyum. “Abang gurau je!” Sekali lagi Qaisara
mencubitnya. Kali ini Aryan menjerit lebih kuat dari tadi.
“Nak kenakan abang ya. Siap lah Sara nanti abang keje kan
pula!” Nakal sahaja bunyinya.
Qaisara pantas berlari meninggalkan Aryan. Takut Aryan
akan membalas serangan. Kuat ketawa Aryan melihat telatah Qaisara.
Aryan bersyukur akhirnya mereka berjaya kecapi bahagia
walaupun kini Qaisara masih tidak dapat mengingati apa-apa. Tetapi biarlah
memori yang bakal mereka cipta kini akan sentiasa diingati sampai bila-bila.
~
Tamat ~